Wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita dan juga seluruh dunia ini sangat membimbangkan setelah mengorbankan ramai nyawa. Pelbagai pihak sedang bertungkus-lumus bagi memerangi penyakit maut ini daripada terus menular.
Kekurangan keperluan serta kemudahan untuk memudahkan tugas petugas barisan hadapan semakin berkurang. Atas keprihatinan yang ditunjukkan, seorang pendakwah bebas bernama Ebit Lew ada berkongsikan tentang kerja amalnya bagi memenuhi keperluan yang dipinta oleh para petugas kesihatan ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Sebak tengah malam bila tengok gambar khemah koyak dan banjir kena hujan. Sebab hospital banyak perubahan sebab covid 19. Dapat mesej dari kawan-kawan di sana.
Terus cari khemah untuk Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Syukur dapat sewa 2 khemah sebulan dari Rusdi. Dapat diskaun sikit. Dan beri aircond serta kipas saya sendiri bawa dari kl tadi. Dapat kebenaran polis dan surat hospital demi hantar barang ini semua.
Ya Allah tuhanku gembira rasa. Saya juga hantar 2 TV untuk covid ke hospital sg buloh, dan aircond serta kipas untuk klinik kesihatan kl tititwangsa dan AU 2 Keramat. Kasihan tengok mereka berpanas sepanjang hari. Buat test drive thru jer. Panas sangat itu yang tenaga cepat habis. Allahuakbar.
Pohon doakan tengah nak cari lagi portable shower,aircond portable, loker berkunci untuk frontliner covid, suit PPE, face shield, dan toiletries untuk staf dan pesakit yang dikuarantin.
Sumber: Ebit Lew via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/2JhgHEg
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2UG5zG8
via MerahHatiCintaku.blogspot.com