Wednesday, 1 April 2020

Amerika Catat 4,476 Kematian Kerana COVID-19, Bayi 6 Bulan Mangsa Termuda Meninggal Dunia


NEW YORK: Gabenor Connecticut, Ned Lamont, semalam mengesahkan seorang bayi berusia enam bulan meninggal dunia, disebabkan komplikasi COVID-19, iaitu mangsa termuda yang menjadi korban wabak itu di Amerika Syarikat (AS).

Berita itu ditulis di laman Twitternya dengan menulis “bayi itu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak memberikan sebarang tindak balas minggu lalu dan tidak dapat dipulihkan”.

Menurut Lamont, ujian saringan COVID-19 dilakukan malam kelmarin dan bayi itu disahkan positif wabak berkenaan.

“Ini tentunya berita yang amat menyedihkan. Kami percaya ini kes termuda bagi korban COVID-19,” katanya.


Minggu lalu, pihak berkuasa Illinois berkata, mereka akan menjalankan siasatan bagi kematian kanak-kanak berusia kurang setahun, termasuk kematian pertama di Amerika Syarikat membabitkan seorang bayi berumur sembilan bulan.

Penyebaran pantas COVID-19 di AS yang menyebabkan sekurang-kurangnya 4,476 kematian itu dipercayai akan menjadi lebih berisiko kepada warga tua, walaupun ada peningkatan kes pesakit muda yang dimasukkan di hospital akibat wabak berkenaan.

Negeri New York yang juga bersempadan dengan negeri Connecticut antara yang paling teruk terjejas akibat penularan COVID-19 dengan lebih 2,000 angka kematian dicatatkan setakat ini.

Turut dilaporkan, penduduk di New York, Connecticut dan New Jersey antara jutaan rakyat AS yang sedang melalui perintah duduk di rumah, kecuali bagi pekerjaan yang penting.

Ketiga-tiga negeri ini merekodkan lebih 100,000 kes COVID-19. – AFP


from Sehinggit Media https://ift.tt/2JvzPhI
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2w5YwhM
via MerahHatiCintaku.blogspot.com