KUALA LUMPUR: "Saya makan sedap, rumah saya besar, kenderaan banyak, anak kecil ini pula tidur dengan nyamuk.
Demikian kata pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang mengibaratkan beliau berdosa sekiranya tidak membantu sebuah keluarga dikesan sudah setahun tinggal dalam sebuah bangsal di kebun getah di Baling.
Ebit dalam Facebooknya berkata, beliau bukan sahaja tidak tidur lena, malah rasa berdosa apabila mengetahui sepasang suami isteri dan empat anak kecil itu berada dalam kesempitan hidup.
"Menangis lagi di Baling, Kedah. Dah dua hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan empat orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah.
"Selepas sahur terus ke sini.. jauh dari orang dan dalam kebun getah, banyak nyamuk. Tidak lepas kereta saya masuk dalam, kena jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.
"Bagi saya sehari mereka di sini adalah dosa buat saya yang tidur lena, makan sedap, rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk.. mereka anak yang baik, senyum bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat, comel, cemerlang pelajaran dan sukan," katanya.
Melalui perkongsian itu, Ebit turut mengajak keluarga berkenaan berpindah rumah dan akan menanggung sewa rumah baharu itu.
"Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik di sini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa, rasa bersalah. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka," katanya.
Beliau turut berkongsi, terdapat pihak yang sudah menjanjikan pembinaan rumah bagi keluarga itu yang dijangka akan disiapkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nanti.
Dalam status Facebook terbaharunya, Ebit berkata, keluarga itu sudah berpindah ke rumah sewa baharu dan beliau sudah membayarkan dua bulan sewa serta bil sewa rumah dan elektrik.
"Mereka kata macam mimpi dan anaknya gembira sahaja di dalam kereta saya tadi. Jiran semua baik dan datang membantu perpindahan tadi.
"Saya pergi kedai perabot belikan dua katil 'queen' dan tilam, dua tilam 'single', tikar getah, periuk nasi elektrik dan beri duit belanja buat keluarga ini," katanya yang turut berharap, anak kecil dibantunya akan belajar di madrasah nanti.
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2W2wpZV
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2S77gfx
via MerahHatiCintaku.blogspot.com