Saturday, 25 April 2020

Suram Sangat Terawih Yang Dilakukan Di Masjidil Haram. Semua Jemaah Mengalirkan Air Mata Sepanjang Solat


Jutaan umat Islam di seluruh dunia mula berpuasa hari ini. Dan seperti kebiasaannya, malam pertama Ramadan akan diserikan dengan solat tarawih. Namun, berikutan pandemik COVID19, kebanyakan negara tidak membenarkan solat tarawih dijalankan di masjid bagi mengelak penularan.

Tiada solat tarawih di Masjidil Haram, Masjid Nabawi


Kenyataan yang dikeluarkan Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman As-Sudais dalam Facebook rasmi kota suci, Haramain.

Arab Saudi menggantung solat tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah dalam usaha negara itu membendung penularan koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

Tarawih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan diadakan tanpa jemaah awam, kata Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman As-Sudais.


Tarawih hanya akan dilakukan bersama dengan kakitangan, kata As-Sudais dalam satu kenyataan di Twitter.

Kenyataan itu juga menyebut itikaf juga dibatalkan di kedua-dua masjid berkenaan.

Selain itu, umrah masih ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. – Bernama

SUASANA SEDIH MENYELUBUNGI KETIKA TERAWIKH


Solat terawih di Masjidil Haram yang penuh beremosi malam tadi. Semua jemaah mengalirkan air mata sepanjang solat. Hanya melibatkan kakitangan Masjid

“Ya Allah, bebaskan kami daripada ancaman wabak Cov19 ini supaya kami boleh beribadah seperti biasa.”


Solat terawikh di Masjidil Haram hanya dibenarkan untuk 10 rakaat bersama witir.

RAKAMAN MEDIA


Sumber: https://ift.tt/2S5zTJQ


from Sehinggit Media https://ift.tt/2yOnUth
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/356gGgi
via MerahHatiCintaku.blogspot.com