Sunday, 26 April 2020

Hari Ketiga Ramadan, Bayi Ditemui Dibuang Di Tepi Jalan Rupanya Sudah Tidak Bernyawa


Masuk hari ketiga Ramadan, kini media sosial digemparkan pula dengan kes penemuan seorang bayi perempuan, yang ditinggalkan di tepi jalan.

Menerusi perkongsian di Facebook seorang wanita dengan nama akaun Salika Bakri, bayi perempuan tersebut lahir dalam keadaan cukup sifat.

Cukup sifat dan comel bayinya

Difahamkan, bayi itu dijumpai oleh suaminya berdekatan dengan rumah mereka. Namun, apa yang menyedihkan selepas diperiksa rupa-rupanya anak tidak berdosa sudah tidak bernyawa.


Bayi itu dijumpai berbalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg kertas bersama dengan satu plastik, berkemungkinan uri bayi tersebut.


Terkejut dalam beg ada bayi

Menurut suami wanita itu, dia terserempak dengan pasangan lelaki dan perempuan menaiki motorsikal meninggalkan beg kertas, disebabkan rasa curiga dia terus memeriksa beg dan terkejut selepas melihat sekujur tubuh bayi di dalamnya.


Tidak tahu apakah dialami pasangan tersebut, namun yang pasti bukan dengan cara yang sebegitu mahu menyelesaikan masalah, banyak lagi pihak yang sudi membantu.

Sumber : Facebook via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/35hOoQp
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cLlnir
via MerahHatiCintaku.blogspot.com