Sunday, 26 April 2020

Penemuan Mayat Celah Longkang Lebuh Raya LEKAS Rungkai Misteri Kehilangan Lelaki Selama 42 Hari


Misteri kehilangan seorang lelaki selepas 42 hari gagal dihubungi akhirnya terjawab apabila pihak polis menemui mayatnya tersembunyi di celah longkang lebuh raya LEKAS. Menerusi Facebook kakak arwah, Ain Alaudin, kali terakhir mereka sekeluarga bertemu arwah pada 13 Mac yang lalu. Pada mulanya, arwah meminta izin untuk ke Tangkak, Johor atas alasan bertemu keluarga rakannya. Namun, tiada khabar berita dan keluarga gagal menghubungi arwah selepas itu.

Diklasifikasikan sebagai mati mengejut


Siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati mayat yang ditemui itu dalam keadaan reput dan tinggal rangka lengkap berpakaian kemeja-T dan seluar panjang warna hitam selain masih memakai topi keledar.

Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang di dalam longkang yang berkeluasan lebar dan kedalaman lebih kurang dua kaki dan dua setengah kaki serta terletak di tengah-tengah lebuh raya Plus arah utara.

Turut ditemui satu beg galas dan pada bahagian terdapat satu beg pinggang warna hitam, bagaimanapun tiada kenderaan ditemui berhampiran dengan tempat kejadian yang boleh dikaitkan dengan simati.


Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, keadaan mayat dalam keadaan reput dan lengkap berpakaian. Hasil siasatan tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian dan kejadian ini tiada unsur jenayah. Mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Luahan kakak mangsa


Kami lima beradik, dia paling bongsu. Dia tak ramai kawan. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai belajar pun tetap tak ramai kawan. Dia bukan seorang yang kaki lepak kaki rempit atau sosial. Bukan dia orangnya.

Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja.

Pada Isnin pagi ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah..pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah. Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak tu rupanya mereka tak jadi ke Tangkak malam tu. Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang jam tiga lebih pagi arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka mengikut kata kawan arwah di Ampang.

Tak jumpa bangkai moto

Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular, ramai yang wasap..telefon untuk bagitahu penemuan yang arwah kemalangan. Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa. Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Selepas empat puluh dua hari, dua ramadhan, akhirnya terjawab kehilangannya.

Anggota dari Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah jam 4 petang tadi untuk maklumkan berita penemuan mayat di kilometer 281-282 (anggaran) Highway Nilai – Seremban lebih kurang jam 12 tengahari oleh Peronda Plus. Arwah dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat. Dijangka Isnin kami akan ke Hospital Seremban untuk menjemput arwah pulang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.

Sumber: Harian Metro, Ain Alaudin via ohbulan.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2VF7rkh
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cU8enn
via MerahHatiCintaku.blogspot.com