Sunday, 26 April 2020

Wabak Covid-19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Awal Mei Ini - Kajian SUTD


KUALA LUMPUR: Satu kajian yang dilakukan oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD) meramalkan penularan wabak COVID-19 yang 'menggoncang' dunia akan berakhir pada 6 Mei ini di Malaysia.

Data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab itu pada Jumaat lalu adalah hasil penilaian dengan menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus ke atas 28 buah negara termasuk Malaysia.

Model SIR digunakan untuk memodelkan penyebaran penyakit pandemik ini dengan penggunaan kalkulator grafik untuk memplotkan graf.


Sebelum ini model yang sama pernah digunakan untuk meramalkan beberapa penyakit seperti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda dunia pada 2003 dan AIDS.

Menurut kajian itu, dunia hanya akan pulih sepenuhnya 100 peratus daripada virus COVID-19 pada 8 Disember manakala pada 29 Mei ini, peratusan jangkitan itu akan turun kepada 97 peratus.


Jangkitan wabak global di Amerika Syarikat (AS) yang paling teruk terjejas dengan 936,293 jangkitan selain 53,511 kematian dijangka berakhir pada 11 Mei.

Perkara itu mungkin daripada hasil penilaian terbaharu wabak tersebut yang kini menunjukkan penurunan di beberapa tempat.

Virus tersebut diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan  sementara di Itali  pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).





Daripada graf tersebut, jangkitan COVID-19 di Qatar pula dijangka berakhir pada 26 Jun iaitu antara yang terlambat daripada 28 buah  negara itu.

Australia merupakan satu-satunya negara yang bakal menyaksikan kadar sembuh sepenuhnya 100 peratus pada 22 Mei, iaitu lebih awal daripada negara-negara lain di dunia. 

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2KBNBQE
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cPMcSE
via MerahHatiCintaku.blogspot.com