Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, di mana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.
Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahupun akhirat. Mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sehingga air mata mereka mengalir deras.
Baca : 7 Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka.
Ruginya.
Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.”
[HR Ibnu Majah]
Sebab itulah anda perlu bersedia sekurang-kurangnya 15 hingga 20 minit sebelum azan maghrib untuk meminta dan memohon apa sahaja doa dan puji-pujian kepada Allah SWT serta berselawat ke atas Nabi SAW.
Pahala puasa pun akan lebih bertambah.
Baca : Hadiahkan Doa Buat Ibu Bapa Anda Setiap Hari
Ketika kita sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita luangkan sedikit masa sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja. Boleh diubah mengikut hajat masing-masing.
CADANGAN DOA KETIKA BERBUKA PUASA
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik
4. Murah rezeki
5. Anak soleh
6. Keluarga bahagia
7. Rahmat Allah
8. Jauh azab kubur
9. Lapang dada
10. Kekalkan iman
11. Ampunkan dosa
12. Anak-anak berjaya
13. Perniagaan yang diberkati
14. Jauhi segala penyakit
15. Ibadat diterima
16. Mudah segala urusan
17. Diterima taubat
18. Lapangkan kubur
19. Mudah bayar hutang
20. Lailatulqadar
21. Syafaat Nabi SAW
22. Syurga Firdaus
23. Jauhi neraka
24. Terima kitab tangan kanan
25. Selamat meniti Sirat
26. Selamat fitnah Dajjal
27. Ketenangan hati
28. Doa ibubapa
29. Keluarga yang dirikan solat
30. Diterima puasa Ramadhan
Baca : Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW
Semoga memberi manfaat buat semua. Sila share
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3bEU3SS
via Denaihati.com