MESKIPUN fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat dan tegas, masih ada yang berdegil dengan arahan tersebut.
Terbaharu menerusi video yang tular di media sosial dipercayai berlaku di sebuah medan selera dekat Jelutong, Pulau Pinang, dua lelaki dilihat sedang leka bersembang sambil minum secara terbuka ketika tempoh PKP.
Tindakan itu menyebabkan mereka diserbu penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sehingga menimbulkan rasa kurang senang salah seorang lelaki berkenaan.
Semasa didatangi beberapa anggota penguatkuasa MBPP, lelaki tersebut seolah-olah berang dengan teguran tersebut.
"Ni nasihat elok-elok tau orang nak makan... ni bungkus tau. Cakap elok-elok aku faham bahasa. Aku tau aku pegang.
"Nak bangun sabaq sat... cakap hormat sikit. Tau hampa penguatkuasa," kata lelaki tersebut.
Lelaki yang berbaju hitam itu hanya beredar selepas pihak penguatkuasa melipat meja yang digunakan sewaktu berada di medan selera itu.
Namun dia dilihat membaling cawan plastik ke arah penguatkuasa bertugas sebaik selesai minum minumannya sambil berkata:"Cakap elok-elok."
Lelaki itu turut berang apabila video perbuatannya itu dirakam dengan menunjukkan isyarat tangan yang seolah-olah dia tidak hirau amaran tersebut.
"Hah gambar aku... muka. Hampa lagu ni ka, tak ada langsung hormat kat orang," katanya sebelum beredar bersama seorang lagi rakannya.
Perbuatan lelaki itu turut dikecam netizen kerana tidak menghormati undang-undang dan juga penguatkuasa bertugas.
"Dia yang tak hormat law. Dia plak kata penguatkuasa tak hormat law. Samseng kampung banyak gini. Sekali kena cepok, tak kuat mana pun. Aku ni banyak kali masuk lokap, yang jenis samseng gini paling kuat nangis dalam lokap," kata Shahrul.
"Tak dak langsung hormat kat orang? Yang hang tu hormat ke tak arahan yang dah dikeluarkan? Typical orang yang macam ni, diri sendiri yang tak hormat orang lain lepas tu melalak nak suruh orang hormat dia. Tangkap jelah lain kali. Bagi masuk dalam mengeteh dengan kawan-kawan yang sama macam dia," kata Zulikmal.
"Dah berminggu cakap elok-elok kat TV kot berita. Ketegaq nak mampus pi buat lagi, pastu expect orang mai kat dia cakap belai-belai suara Doraemon ka. Muka dah macam atok orang, perangai macam samseng jalanan. Pak siapa la ni, malu sungguh," kata Anisa.
Dalam pada itu, netizen turut memuji sikap tenang anggota penguatkuasa bertugas meskipun berdepan perlakuan biadab lelaki tersebut.
"Nasib baik pegawai MBPP tu cool dan steady. Kalau depa belasah hang dengan coatar tak ke naya. Buta-buta dapat sakit, jangan nak tunjuk 'jhogha' sangatlah. Hormat penjawat awam tak rugi satu sen pun," kata Mohd Roslan.
"Dah lah melawan... baling bekas minum macam tu ja. Buat isyarat lucah. Dia yang tak tau hormat, nak orang hormat dia. Orang nak jalankan tugas. Boleh kena angkut dah ni," kata Leena.
Kerajaan mengisytiharkan PKP bermula 18 Mac lalu sehingga 14 April, dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2xIUPPx
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2x2ku5R
via MerahHatiCintaku.blogspot.com