Wednesday, 1 April 2020

Cara Tebus 1GB Internet Percuma Bermula 1 April Sepanjang Tempoh PKP

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Pada 27 Mac, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan berkaitan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Menerusi perutusan tersebut, beliau turut menyatakan tentang pemberian internet percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua ketika menghadapi wabak covid-19 ketika ini.

Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP.

Semua pelanggan pascabayar dan prabayar telco Malaysia akan menerima Internet berkelajuan tinggi percuma dengan kapasiti 1GB. Setiap individu sudah boleh menebus internet percuma mengikut cara yang telah ditetapkan oleh syarikat telco masing-masing.

Kepada rakyat Malaysia yang ingin menebus internet percuma, berikut merupakan cara yang perlu anda ikuti mengikut telco masing-masing;

DIGI

Untuk pengguna telco Digi, anda hanya perlu menebus sekali sahaja dan 1GB akan diberikan kepada anda setiap hari secara automatik.

Pelanggan pascabayar boleh menebusnya di dalam aplikasi MyDigi di ruangan Rewards. Manakala bagi pelanggan prabayar pula, menerusi ruangan “Box of Surprise” di dalam aplikasi MyDigi, atau menggunakan kod ringkas UMB di *128#.

CELCOM

Mulai 1 April, semua pelanggan prabayar, pascabayar & perniagaan Celcom akan menerima internet 1GB percuma secara automatik dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan diperbaharui secara automatik pada setiap hari. Tiada rollover bagi internet harian yang tidak digunakan.

MAXIS

Bagi pengguna Maxis, kalian perlu menebus data percuma 1GB setiap hari bermula 1 April hingga tamat PKP. Diingatkan, data ini hanya boleh digunakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang sahaja dan penggunaan di luar waktu ini akan diambil dari kuota data sedia ada.

Untuk menebus:

  • Pengguna Maxis Postpaid – Menerusi aplikasi Maxis, klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass
  • Pengguna Maxis Business Postpaid – Menerusi aplikasi Maxis Business, klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass
  • Pengguna Hotlink Postpaid – Menerusi aplikasi Hotlink Postpaid, klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass
  • Pengguna Hotlink Prepaid – Menerusi aplikasi Hotlink, klik pada Homepage Banner dan pilih FREE 1GB/Day Pass. Pas ini juga boleh ditebus melalui tab Shop.

Masa penebusan bagi pelanggan Maxis Postpaid, Maxis Business Postpaid, Hotlink Postpaid adalah sepanjang hari manakala bagi pelanggan Hotlink Prepaid, penebusan boleh dilakukan bermula 6 pagi sehingga 6 petang.

Untuk pelanggan Hotlink Postpaid & Fibre, anda akan menerima pas 30GB dengan tempoh sah 30 hari. Penebusan boleh dilakukan melalui aplikasi Maxis dengan cara klik pada Get More Data dan pilih FREE 30GB 30-Day Pass pada bahagian Time Based Pass. Hanya sekali penebusan boleh dilakukan sepanjang tempoh kawalan ini.

TUNE TALK

Untuk pengguna TuneTalk, anda perlu membuat pendaftaran satu kali untuk menerimanya dengan syarat pastikan talian anda aktif.

Hantar SMS “STAYHOME” ke 2222. Anda akan menerima SMS yang menyatakan pendaftaran berjaya jika sistem menerimanya.

U MOBILE

1GB data percuma ini diberikan kepada semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband, kecuali pelanggan pelan WeChat Go.

Diingatkan, talian anda yang menggunakan U mobile ini mestilah aktif untuk menerima data percuma. Untuk menerima tawaran ini, anda hanya perlu membuat sekali penebusan sahaja.

Prabayar: Dail 118*6# dan pilih Special Offer
Pascabayar: Dail 118*7# dan pilih Special Offer

YODOO

Bagi pelanggan Yodoo, anda dapat tawaran yang istimewa. Yoodo memberikan 1GB data setiap hari hingga 14 April. Selain itu, Yoodo juga akan memberikan 1GB percuma pada hari Isnin, 20 dan 27 April 2020.

Data yang diberikan juga tiada had masa penggunaan malah data yang tidak habis digunakan boleh dibawa ke depan sehingga kitaran pelan yang seterusnya.

UNIFI MOBILE

TM telah memberi penawaran pas LTE hotspot secara percuma bagi pengguna pelan unifi Mobile pasca bayar. Selain itu, TM juga turut menawarkan 7 hari data tanpa had kepada pelanggan unifi Mobile #BEBAS pra bayar serta pas percuma LTE hotspot unifiMobile Biz bagi pelanggan unifi SME.

Lebih mudah, anda tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia telah diaktifkan secara automatik.

Akhir kata, gunakan data yang diberikan kerajaan dengan sebaiknya. Pastikan setiap orang kekal tenang dan sentiasa #DudukRumah untuk melawan #Covid-19. Saya yakin anda semua boleh.

Baca: i-Lestari KWSP: Cara daftar & permohonan pengeluaran secara online

Baca: Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2X0EIaB
via Denaihati.com