Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas ucapan sempena ulang tahun kelahiran beliau.
Beliau menyifatkan ulang tahun kelahirannya yang ke-57 semalam dengan iringan doa ramai rakyat Malaysia adalah ulang tahun yang akan sentiasa tersemat dalam memorinya.
”Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyampaikan ucapan hari lahir dan doa yang sungguh bermakna. Ia sesungguhnya merupakan sambutan ulang tahun kelahiran yang terindah sepanjang hayat saya.
”Terima kasih semua rakyat Malaysia dan marilah kita semua terus memerangi dan menamatkan rantaian jangkitan COVID-19. Kekal selamat dan duduk rumah,” ciap beliau malam ini.
Ribuan netizen mengambil peluang menghantar ucapan hari lahir kepada Dr Noor Hisham yang menyambut ulang tahunnya semalam.
Laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram dibanjiri ucapan tahniah dan doa untuk Ketua Pengarah Kesihatan itu, tokoh penting di barisan hadapan dalam perjuangan negara memerangi pandemik COVID-19.
Tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham tular di Twitter.
I would like to thank everyone for all the birthday wishes and thoughtful messages . Indeed it was a lifetime memorable birthday for me with lots of blessings. Thank you Malaysians & let us all continue to fight & end covid19 transmission. Stay safe and Stay home. pic.twitter.com/7oIkYypTHk— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 22, 2020
Sumber: Bernama
from Sehinggit Media https://ift.tt/34WCWcA
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XWsy2Z
via MerahHatiCintaku.blogspot.com