Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa untuk melipatgandakan ibadah. Di waktu ini juga merupakan kesempatan buat anda dan pasangan menambah keharmonian dalam rumah tangga. Tanpa disedari, Ramadan kali ini tentunya memberi kelainan dalam rumah tangga anda.
Baca : 7 menu lazat buat rohani sepanjang bulan Ramadhan
Jika sebelum ini masing-masing sibuk dengan kerja, Ramadan kali ini pastinya anda mempunyai masa untuk melakukan ibadah bersama.
Berikut merupakan antara tip untuk mengikat kasih sayang antara suami isteri di bulan yang mulia ini.
1- Menyiapkan makan sahur dan buka bersama
Dalam tempoh bulan Ramadan ini anda dan pasangan boleh bantu membantu dalam menyiapkan makan sahur dan buka bersama dengan keluarga. Di waktu-waktu yang lain mungkin satu keluarga jarang untuk makan bersama.
Walaupun mungkin tidak dapat dilakukan setiap hari memadai jika dapat melaksanakannya di hari minggu atau waktu yang terluang.
Di hari-hari biasanya tentu sukar untuk bersama. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam mungkin berasingan, terutama bagi mereka yang bekerja. Tentu berbeza di bulan Ramadan, sering kali sahur menjadi momen berkumpul bersama dan saling berbual. Secara tidak langsung muncul rasa bahagia dan keharmonian dalam rumah tangga.
2- Solat Tarawih bersama
Walaupun sebagai amalan sunnah, tarawih di bulan Ramadan adalah sangat digalakkan. Selain untuk solat dan ibadah menghadap Allah, tarawih bersama juga membuat anda bersilatturahim dan bertemu dengan saudara-saudara semuslim lainnya, yang jarang bertemu di bulan selainnya.
Tarawih bersama boleh meningkatkan keharmonian dan kekeluargaan di dalamnya. Tentu saja, akan semakin baik jika dilakukan secara konsisten.
Baca : Sedihnya Hati Seorang Isteri Apabila Suaminya Malas Menunaikan Solat
3- Saling berkongsi ilmu Islam
Bulan Ramadan tentunya amalan ibadah adalah hal utama yang harus dilakukan. Bergosip, bercerita keburukan orang lain tentunya menjadi perkara yang harus dielakkan dan dikurangkan sebagai bentuk latihan diri kita menjadi lebih positif. Saling berkongsi ilmu contohnya mengenai Hikmah Bulan Ramadan dan Malam Terakhir Bulan Ramadan.
4- Sentiasa menjaga diri dari maksiat
Keharmonian di bulan Ramadan juga boleh dilakukan dengan cara saling menjaga dan mengingatkan agar tidak berbuat maksiat. Hal ini diperlukan dalam sebuah keluarga, kerana keluarga bahagia menurut Islam adalah mereka yang mampu menjaga masing-masing agar tidak berbuat dosa atau sesuatu yang melampaui batas.
5- Berkumpul dengan keluarga
Salah satu cara menjaga keharmonisan rumah tangga ialah dengan berkumpul dan menjaga silaturahim bersama keluarga yang jarang bertemu. Ramadan adalah waktu yang sesuai untuk mengeratkan silaturahim kerana hati dan ketenangan beribadah sedang dilakukan.
Baca : Siapakah suami dan isteri kelak di syurga?
Sumber :https://dalamislam.com
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2y0qrR4
via Denaihati.com