Asas di dalam alam perkahwinan ialah kesetiaan dan kejujuran untuk memastikan hubungan suami isteri kekal hingga keakhirnya.
Namun, kehadiran orang ketiga dalam sesebuah institusi keluarga sememangnya boleh membawa bala tak diundang.
Hal ini dikongsi pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya.
Perkongsian di Instagram miliknya itu menunjukkan coretan seorang wanita yang terkejut apabila mengetahui suaminya sudah 10 bulan mengahwini wanita lain dalam diam.
Rahsia mula terdedah apabila sering melihat suaminya resah sepanjang PKP ini.
View this post on Instagram
. Perintah berkurung membongkar rahsia, pengakuan suami bernikah di Songkla . Puluhan tahun membentang setia, tidak terduga kau cari dia . Aku sangka wanita terbahagia, rupanya ada yang lebih kau cinta . Kau resah tak bebas bekerja, rupanya rindu isteri kedua . Hilang segala susunan kata, diri berteman si air mata . Apakah ini dinamakan temberang, atau sunnah berlapik curang? . Sebagai wanita tentulah terluka, insan dipuja bertalam muka . Patutlah sibuk ke sana ke sini, maklumlah sudah bertambah bini . Jika tidak kerana corona, tidak ku tahu diri terkena . Madu itu manis bagimu, pahit menikam hempedu diriku . Apakah di sana tidak bersalah, menggoncang istana terbina indah . Atau bersandar takdir tersurat, jodoh dan ajal urusan akhirat . . Jika mampu menahan nafsu, sudah pasti diam membisu . Jika benar kerana ibadah, mana rundingan sebelum nikah . Jika ikhlas berpoligami, jiwa wanita tidak kau selami . Sebagai wanita ku rasa malu, buntu dalam menanti waktu . Apakah nanti masih tersisa, hormat setia seperti biasa . Atau pudar halaman kasih, tawar hati luka nan pedih . Bukan tak redha ketentuan, cuma terpalit rasa terkilan . Rasa ditipu ketika hidup, berdepan taulan rasa tak sanggup . Apa alasan kepada anak, cinta ayah semakin tamak . Ketika engkau bermandi embun, aku seperti disimbah racun . Kau kata untuk elak maksiat, tetapi tak jaga tingkah syariat . Tak dapat ku bayang hari mendatang, bagai bisa sengatan jelatang . Sepi kamar di musim mendung, hiba ini tak dapat kubendung . . Ingin kulari ke ruang sepi, istikharah malam merawat hati . Andai tak lagi kita berjodoh, kusembah ampun jari sepuluh . Sekian luahan seorang perempuan, bukan lagi puteri rupawan . Wanita tua di pinggir usia, mencari damai bersama Yang Esa . . . #JelatangCinta #fedtriyahya #menikamdenganpuitis #perintahkawalanpergerakan #viruscinta #poligami #madu
from Sehinggit Media https://ift.tt/3cKGAZS
via
Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VCq48F
via
MerahHatiCintaku.blogspot.com