Hari ini, umat Islam di Malaysia telah memulakan ibadah puasa. Pastinya malam tadi menjadi momen yang penuh warna apabila ada yang menyambutnya dengan berterawih bersama keluarga dirumah.
Namun begitu, masih ada yang berada di luar mencari rezeki walaupun Perintah Kawalan Pergerakkan masih berjalan dan dilanjutkan sehingga ke 12 Mei akan datang.
Meninggal di malam Ramadan pertama
Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang lelaki telah memaklumkan bahawa rakannya telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia semasa sedang bekerja sebagai penghantar makanan.
Dilanggar kereta ketika bekerja
Allahyarham Daniel Dzaqi merupakan seorang penghantar makanan restoran makanan segera KFC yang baru berusia 21 tahun. Malam tadi dia tekah dilanggar oleh sebuah kenderaan sehingga meninggal dunia.
Terperangkap dalam hujan lebat
Apa yang lagi menghibakan adalah sebelum allahyarham meninggal dunia, dia ada memuat naik beberapa status di Instagram dan Twitternya dengan mengatakan berada dalam keadaan takut kerana terperangkap dalam hujan lebat.
Terima kasih untuk kenangan persahabatan kita
Susulan daripada perkhabaran tersebut, ramai antara rakan-rakan dan juga warganet yang terkejut dengan berita pemergiannya. Mereka telah mengucapkan salam takziah dan berdoa agar roh allahyarham dicucuri rahmat apabila pergi pada malam jumaat ketika bulan Ramadan dan sewaktu mencari rezeki.
Sumber : aimanomist via https://ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/3aCvULg
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bBSl4z
via MerahHatiCintaku.blogspot.com