Berikutan peristiwa yang tular melibatkan Ustaz Ebit Lew menjadi satu ujian yang besar untuk orang sepertinya. Ya, semua orang mempunyai ujian yang diberi oleh Allah SWT atas kemampuan hambaNya.
Terbaharu dalam satu kiriman daripada laman Facebook Ustaz Ebit berkaitan beliau dikatakan dipanggil ke Balai Polis Cawangan Khas Bukit Aman untuk menjelaskan kes yang tular baru-baru ini kerana banyak aduan mengenainya. Bahkan, luahan hatinya ini menyebabkan ramai yang tersentuh hati dan sebak.
Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf…
Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kaseh sangat.
Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Semenjak pkp ini saya asyik fikir jika ini penghujungnya hayat saya. Saya nak beri sehabis baik. Beratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar saya dah hantar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Takde viral pun. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis.
Duit saya sendiri dah lebih sejuta ringgit saya belanjakan masa PKP ini.. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner dan orang yang putus makanan, susu anak dan tiada tempat tinggal.
Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua…
Ada 20 rumah lagi keadaan macam tu perlu dibantu. Takde air. Takde elektrik. Rumah macam pondok. Macam nak roboh. Anak kecil. Kalau saya letak gambar semua menangis tengok. Maafkan saya. Anak-anak kecil tu semua sabar yer tunggu lepas PKP. Rayalah begitu dulu yer.
Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Sorry pada pegawai tadi. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.
Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. PKP ini saya dapat kenal siapa kawan dan siapa saja nak berlawan dengan saya. Tapi saya takkan pernah bermusuh atau berdendam dengan sesiapa. Saya maafka semua. Saya maafkan kerana Allah. Saya mengadu pada Dia semua sedih dan susah saya.
Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Rumahku syurga. Saya cuma akan menangis jika ada orang susah. Saya akan doakan mereka. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya Redha. Saya minta maaf pada semua yer. Saya salah. Kepada Allah saya berserah
Sumber: Ustaz Ebit Lew via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media https://ift.tt/2VT6L9Y
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Vz69XZ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com