Sunday, 19 April 2020

Solat Di Rumah Sepanjang Ramadan, Kekang penularan COVID-19

Badan agama tertinggi Arab Saudi, Majlis Ulama Kanan, hari ini menggesa umat Islam di seluruh dunia mengerjakan sembahyang di rumah sepanjang Ramadan jika negara masing-masing mewajibkan penjarakan sosial.

Baca : Kaabah adalah suatu binaan yang sangat mulia

Menurut laporan agensi berita rasmi SPA, yang memetik kenyataan majlis terbabit, arahan itu adalah bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 bertambah berikutan ramai orang akan berkumpul bagi sembahyang berjemaah.

Bulan Ramadan yang akan bermula minggu depan disambut dengan jamuan berbuka puasa bersama keluarga selain solat Tarawih secara berjemaah di masjid.

Masyarakat Islam perlu mengelakkan diri daripada berhimpun kerana ini adalah punca utama tersebarnya jangkitan,

Kita perlu ingat bahawa memelihara nyawa adalah perilaku mulia yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT,”

Mufti Besar Arab Saudi, Abdul Aziz bin Abdullah bin Mohammed Al El-Sheikh, semalam berkata berkata solat Tarawih dan solat sunat Aidilfitri perlu dilaksanakan di rumah masing-masing sekiranya wabak coronavirus berterusan.

Baca : Nikah Secara ‘Online’ Pertama Di Malaysia

Kerajaan Arab Saudi pada pertengahan Mac lalu membatalkan solat berjemaah di masjid termasuk solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai langkah untuk memerangi COVID-19.

Dalam perkembangan lain, minggu lalu Masjid Nabawi di Madinah melarang sebarang kegiatan termasuk majlis berbuka puasa untuk golongan yang memerlukan sepanjang Ramadan ini. – AGENSI

Baca : Datuk Dr. Noor Hisham tersenarai antara tiga doktor terbaik dunia tangani krisis COVID-19



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3cxNt0e
via Denaihati.com