Meskipun dikecam teruk oleh netizen susulan kenyataannya sebelum ini, namun pengasas tudung terkemuka Vivy Yusof tetap meneruskan aktiviti kebajikan dalam membantu petugas barisan hadapan pada saat getir ini.
Menerusi Instagram, Vivy meluahkan perasaannya yang tersentuh melihat petugas hospital memakai plastik sampah untuk melindungi diri berikutan kekurangan pakaian perlindungan diri (PPE). Ujarnya lagi, ini bukan masanya untuk dia berdiam diri kerana banyak perkara penting perlu diberi perhatian.
“Saya tak akan berdiam diri. Petugas dan kakitangan hospital memerlukan bantuan kita semua. Jujurnya, saya sibuk memikirkan inisiatif bersama Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA) dan Imam Response & Relief Team (IMARET) bagaiman mahu membantu petugas barisan hadapan ini.
“Kami dimaklumkan, pihak hospital berdepan masalah kekurangan pakaian perlindungan diri (PPE). Hati kami tersentuh apabila melihat petugas barisan hadapan memakai plastik sampah untuk melindungi diri mereka.
“Masalah kekurangan sut PPE ini dihadapi secara global. Oleh itu, beberapa pereka tempatan bergabung di bawah MODA dengan menjahit sut PPE untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan ini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Vivy berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan serta pereka tempatan akan membantu menghasilkan sut PPE secepat mungkin. Malah, Vivy turut menyeru orang ramai yang berminat menghulurkan bantuan supaya dapat memberikan impak lebih besar.
Terdahulu, Vivy dikecam teruk susulan dakwaan mempertikaikan bantuan diberikan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Vivy dituduh memandang rendah terhadap golongan berkenaan, malah didakwa mengeluarkan kenyataan golongan itu tidak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
Sumber: BH Online via ROTIKAYA
from Sehinggit Media https://ift.tt/2yviqni
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2UVahQF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com