Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Kenali Tasik Kinneret,
Laut Galilee, juga Tasik Gennesaret, Tasik Kinneret, Laut Tiberias atau Tasik Tiberias (Bahasa Ibrani: ים כנרת, Bahasa Arab: بحيرة طبرية) terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu) kira-kira 21 km (13 batu) panjang dan 13 km (8 batu) lebar.
Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km² dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki). Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terendah di bumi dan tasik kedua terendah di dunia (selepas Laut Mati iaitu sebuah tasik air masin).
Kinneret adalah terletak jauh di dalam Lurah Gelinciran Besar Jordan, sebuah lembah yang disebabkan oleh pemisahan plat-plat Afrika dan Plat Arab dan punca airnya sebahagian datang daripada mata air bawah tanah meskipun begitu punca utamanya adalah daripada Sungai Jordan yang mana mengalir melaluinya dari utara ke selatan.
Keadaan ini bergantung kepada gempa bumi dan pada masa lalu oleh aktiviti gunung berapi. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan banyak basalt dan batu igneus lain yang mentaksifkan geologi kawasan Galilee.
Baca: Keluarnya Dabbatul Ardh, tanda kiamat besar yang akan berlaku sebelum dunia kiamat
Sebagai orang yang beriman, kita meyakini akan keluarnya Yakjuj dan Makjuj berdasarkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah, secara jelas dan nyata. Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan Adam, yakni manusia. Disebut bahawa Ya’juj itu satu kabilah dan Ma’juj satu kabilah yang lain.
Berdasarkan kepada nas menunjukkan Yakjuj dan Makjuj adalah umat yang kafir yang kufur dengan Allah SWT. Hal ini mengikut riwayat al-Bukhari (3348) menyebut, daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW:
” يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: ” يَا آدَمُ، فَيَقُولُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالخَيْرُ فِي يَدَيْكَ، فَيَقُولُ: أَخْرِجْ بَعْثَ النَّارِ، قَالَ: وَمَا بَعْثُ النَّارِ؟، قَالَ: مِنْ كُلِّ أَلْفٍ تِسْعَ مِائَةٍ وَتِسْعَةً وَتِسْعِينَ، فَعِنْدَهُ يَشِيبُ الصَّغِيرُ، وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا، وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى، وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ ” قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَأَيُّنَا ذَلِكَ الوَاحِدُ؟ قَالَ [ص:139]: ” أَبْشِرُوا، فَإِنَّ مِنْكُمْ رَجُلًا وَمِنْ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ أَلْفً
Maksudnya: Allah Taala berfirman (pada Hari Kiamat), “Wahai Adam!”. Maka jawab baginda Adam AS, “Aku datang dengan penuh ketaatan, dan kebaikan adalah milik-Mu juga”. Allah berfirman, “Keluarkanlah ba’thun nar!” Baginda bertanya, “Apakah ba’thun nar itu?” Allah berfirman, “Dari setiap 1000 orang, 999 orang sebagai Ba’thun nar (yakni penghuni neraka). Saat itulah anak kecil menjadi tua. “Dan gugurlah segala kandungan wanita yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Akan tetapi azab Allah itu sangat keras“ (QS. Al Hajj: 2).Para sahabat bertanya, “Siapakah di antara kami yang termasuk satu orang itu?” Baginda bersabda, “Bergembiralah! Sesungguhnya dari kalian satu orang dan dari Yakjuj dan Makjuj itu seribu orang”.
Dalam kitab Ashrāt al-Sa`ah ada menyebut:
Zaman keluar mereka selepas turunnya Nabi Isa bin Maryam AS dan dikatakan selepas Nabi Isa AS membunuh Dajjal. Dalil keluarnya Yakjuj dan Makjuj seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya’, ayat 96:
حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ
Maksudnya: (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Daripada al-Nawwas bin Sam’an RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda:
وَيَبْعَثُ اللهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ، فَيَمُرُّ أَوَائِلُهُمْ عَلَى بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ فَيَشْرَبُونَ مَا فِيهَا، وَيَمُرُّ آخِرُهُمْ فَيَقُولُونَ: لَقَدْ كَانَ بِهَذِهِ مَرَّةً مَاءٌ
Maksudnya: “Allah SWT akan mengutuskan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka akan datang dari segala penjuru dengan begitu cepat. Mereka akan melalui Tasik Tabari dan akan meminum apa yang ada di dalamnya (sehingga kering) sehinggakan yang terakhir daripada kalangan mereka berkata: Tadi ada air di tasik ini.” [Riwayat Muslim (2937)]
Imam Mulla Ali al-Qari ketika mensyarahkan hadith mengatakan bahawa Ya’juj dan Ma’juj akan meminum air daripada Tasik Tabari ini sehingga yang terakhir atau salah seorang daripada mereka akan berkata bahawa dahulunya tasik atau tempat ini mempunyai air yang banyak. [Lihat: Mirqah al-Mafatih, 8/3463]
Di samping itu juga, Imam al-Qurtubi ada menyebutkan di dalam kitabnya bahawa Ya’juj dan Ma’juj ini akan meminum air daripada Tasik Tabari ini. [Lihat: al-Tazkirah, 779]
Justeru, di dalam hadith jelas menyatakan bahawa air di Tasik Tabari akan kering akibat diminum oleh Yakjuj dan Makjuj apabila mereka muncul di akhir zaman nanti dan ini juga menunjukkan bilangan Yakjuj dan Makjuj begitu ramai disebabkan itu al-Quran dan Nabi SAW menyatakan bahawa mereka iaitu Yakjuj dan Makjuj akan keluar dengan meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’: 96
حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ
Maksudnya: “(Demikianlah keadaan mereka) sehingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, mereka akan meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”
Baca: Apakah tanda besar kiamat yang pertama?
Kesimpulannya, hadith yang menyatakan berkaitan Tasik Tabari akan kering adalah hadith yang sahih kerana ia diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya.
Di samping itu, peristiwa ini akan berlaku di akhir zaman apabila munculnya Yakjuj dan Makjuj yang mana keluarnya mereka ini termasuk di dalam tanda-tanda besar Kiamat.
Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara kita semua daripada fitnah yang zahir dan batin serta memasukkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Amin.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3bNTIwE
via Denaihati.com