Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Gambar di bawah ini adalah yang sama rupanya pohon Sa’adan yang digambarkan sebagai titian Sirat di dalam hadith Nabi.
Di doakan semoga kita semua berjaya ketika melalui titian sirat di Akhirat kelak. Aamiin. Selagi nyawa di kandung badan, buatlah amal kebaikan.
Buatlah perkara yang Allah Taala telah tetapkan dan Nabi SAW telah ajarkan kepada kita. Dan tinggalkan segala yang dilarang, InsyaAllah dengan Rahmat Allah kita semua berjaya melaluinya. Aminn.
Walaubagaimana pun, ini adalah pertama kali saya mengetahui gambar pohon Sa’adan. Kita sendiri lihat pun dah rasa gerun dan seram, bagaimana pula nanti realitinya di alam Akhirat.
Tidak dapat di bayangkan dek akal kita. Maha dasyat di sana. Ya Allah, Selamatkanlah kami di titian sirat nanti. Janganlah Engkau jerumuskan kami di dalam Api NerakaMu. Aminn.
Pohon Sa’dan yang bagaikan Sirat. Membuat hilang semua nafsu dunia.
Agak-agak kalian, Bagaimanalah diri ini nanti akan melewati Sirat kelak?
Jalanan yang gelap dipenuhi besi-besi pengait dan kawat tajam berduri yang siap merobek siapa sahaja yang melewatinya.
Jalan yang licin lagi menggelincirkan.
Dibawahnya sudah menunggu Neraka Jahannam dengan api yang menyala-nyala. Kita mengetahuinya bahawa bahan bakarnya adalah daripada manusia-manusia yang berdosa dan batu-batu.
Hanya boleh dilewati oleh mereka yang memiliki cahaya keimanan & amal yang diredhai Allah Taala.
Wahai diri ini, lebih baik engkau diuji di dunia sebagai pembersih diri.
Lebih baik engkau disakiti di dunia agar terangkat darjatmu.
Lebih baik kau penat di dunia agar boleh beristirahat kelak di akhirat.
Ingatlah bahawa waktu yang sekejap mata di dunia ini akan menentukan tempatmu yang abadi di akhirat. “Kemudian didatangkan jambatan lalu dibentangkan di atas permukaan neraka Jahannam.
Kami (para Sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana (bentuk) jambatan itu?”
Jawab beliau, “Licin (lagi) menggelincirkan. Di atasnya terdapat besi-besi pengait dan kawat berduri yang hujungnya bengkok, ia bagaikan pohon berduri di Nejd, dikenal dengan pohon Sa’dan … ” (Muttafaqun ‘alaih). “Dan dibentangkanlah jambatan Jahannam.
Akulah orang pertama yang melewatinya. Doa para rasul pada saat itu: “Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah”. Pada Sirat itu, terdapat pengait-pengait seperti duri pohon Sa’dan. Pernahkah kalian melihatnya?”
Para Sahabat menjawab, “Pernah, wahai Rasulullah. Maka ia seperti duri pohon Sa’dan, tiada yang mengetahui ukuran besarnya kecuali Allah.
Maka ia mencangkok manusia sesuai dengan amalan mereka.” (HR. Bukhari)
Wallahu’a’lam
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2YSMqTt
via Denaihati.com