Thursday, 18 June 2020

3 Menu Sarapan ‘Favourite’ Ni Memang Sedap, Tapi Boleh Undang Bahaya. Awas


Tiga menu sarapan ‘favourite’ ini sangat berbahaya tetapi digemari rakyat Malaysia. Mungkin anda tidak sedar kesannya kepada kesihatan ataupun anda sendiri tahu yang ia berbahaya, cuma anda buat endah tak endah sahaja.

Walau apapun, ini sebabnya kenapa 3 menu sarapan ‘favourite’ ini berbahaya.

1. Roti Canai


Roti canai panas dengan kuah kari ikan atau dal, ditambah pula dengan kuah sambal ikan bilis sedikit. Fuh! Memang menyengat.

Tetapi, tahukah anda sekeping roti canai (roti saja tidak termasuk kuah, sambal) mengandungi 300 kalori. Jika anda mahu membakar semula kalori yang masuk ke dalam badan ini, anda perlu berlari selama 45 minit.


Ramai lelaki buat begitu? Memang tidaklah, kan? Lepas makan, terus masuk kerja atau jika pada hujung minggu, pasti anda akan terus bersadai di hadapan tv.

2.  Nasi Lemak


Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia tidak mengira bangsa termasuk penulis sendiri.

Tahu tak, nasi lemak sahaja, tanpa lauk-pauk mengandungi 30 kalori. Mana mungkin kita makan nasi sahaja, kan? Sudah tentu akan disertakan dengan penyedapnya seperti kacang, telur, ikan bilis atau lebih epik – sambal sotong, udang, daging atau ayam goreng. Nah! Sarapan pagi saja sudah lebih 500 kalori.

Bukan tak boleh nak makan nasi lemak. Cuma nasinya anda perlu mengambil dalam jumlah yang sedikit saja. Sebaiknya masak sendiri tanpa menggunakan santan.

3. Teh Tarik


Lagi satu antara minuman kegemaran ramai rakyat Malaysia. Kalau tidak teh tarik, mesti teh ais. Kena pula yang pekat tehnya. Memang menangkap kepala! Penyebab teh tarik atau teh ais jadi sedap ialah penggunaan susu pekat yang dibancuh da ditarik dengan betul.

Tahu tak susu pekat tidak elok untuk kesihatan? Walaupun ada kalsium tetapi kandungan lemaknya sangat tinggi. Satu sudu pekat manis mengandungi 60 kalori.

Oleh itu kalau nak minum sangat, pastikan tidak kerap kerana ia bakal mengundang masalah kesihatan pula.

Akhir kata, bukanlah tidak boleh makan makanan-makanan ini. Tetapi perlu dikurangkan. Sangat-sangat dikurangkan kerana bakal membahayakan kesihatan anda di kemudian hari. Lebih baik beringat sebelum penyakit menimpa!


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Bj242r
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NnsSS9
via MerahHatiCintaku.blogspot.com