Saturday 20 June 2020

Bantuan Elektrik Prihatin Percuma

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Perdana Menteri luluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.

Ini bagi mengurangkan beban mereka ekoran peningkatan bil elektrik yang dialami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jumlah pengguna elektrik yang mendapat manfaat ialah seramai 7.66 juta.

Daripada jumlah tersebut, seramai 4 juta atau 52.2% pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) akan nikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.

Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020.

Akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020.

– Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2V3N6o6
via Denaihati.com