Friday, 19 June 2020

Selepas Tiga Bulan Ditutup, Arab Saudi Buka Semua Masjid Di Makkah Esok


Kira-kira 1,500 buah masjid di kota suci umat Islam Mekah dijadual akan dibuka esok selepas ditutup selama tiga bula akibat serangan virus maut Covid-19.

Televisyen Arab Saudi melaporkan masjid-masid berkenaan kini yang menjalani operasi nyah cemar pada lantai dan permaidaninya bagi menerima jemaah.

“Masjid-masjid di kota suci akan mulai dibuka semula pada Ahad selepas penutupan tiga bulan akibat wabak coronavirus,” lapor saluran Al-Ekhbariya yang dikelola negara itu.


Arab Saudi merupakan negara Timur Tengah paling teruk menerima terkesan serangan virus COVID-19 dengan lebih 150,000 kes jangkitan dan hampir 1,200 kematian.

Masjid-masjid lain di luar kota suci itu telah dibuka sejak akhir Mei dengan prosedur operasi standard yang ketat termasuk perlu mengenakan jarak sosial dan langkah-langkah lain.


Sumber: suaramerdeka.com.my / Buletin TV3


from Sehinggit Media https://ift.tt/2AKmIc5
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2CqCyJh
via MerahHatiCintaku.blogspot.com