Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ini Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan kematian seorang lelaki berkulit gelap yang bernama George Floyd di Minneapolis, Minnesota pada 25 Mei lalu.
Beliau telah dibunuh oleh seorang polis yang dengan sengaja meletakkan lutut di bahagian leher sehingga Mr Floyd tidak dapat bernafas dan merayu agar dia dilepaskan.
Lalu berlaku kejadian rusuhan di merata Amerika Syarikat sebagai bantahan atas keganasan polis terhadap etnik kulit hitam.
Jumaat lepas, satu lagi kematian lelaki kulit gelap akibat ditembak oleh pegawai polis di Atlanda dikhuatiri menambah kemarahan di Amerika Syarikat (AS) yang kini berdepan dengan situasi perkauman, protes jalanan dan peletakan jawatan oleh ketua polis.
Kematian pemuda berusia 27 tahun, Rayshard Brooks dinyatakan sebagai tuduhan bunuh oleh pejabat pegawai perubatan, semalam.
Datuk Bandar Atlanta, Keisha Lance Bottoms dalam satu sidang akhbar pada Sabtu lalu mengumumkan Ketua Polis, Erika Shields meletak jawatan.
“Saya tidak percaya ia harus diadili dengan kematian,” kata Bottoms selepas pegawai yang menembak Brooks, dikenal sebagai Garrett Rolfe diberhentikan.
Menurut Atlanta Journal-Constitution, Peguam Daerah Fulton, Paul Howard pula berkata, pejabatnya sedang mempertimbangkan sama ada untuk menuduh Rolfe dalam tuduhan jenayah menjelang minggu ini.
Ahli Kongres South Carolina, James Clyburn yang juga berbanga Afrika-Amerika menyatakan, kes itu sebagai satu pembunuhan.
“Tragedi ini tidak sepatutnya berakhir dengan kematian. Saya tidak tahu budaya mana yang menyebabkan dia bertindak demikian. Ini semestinya budaya dan juga sistem,” katanya kepada CNN.
Tragedi pada Jumaat lalu itu berlaku apabila polis memberi respons kepada aduan yang mendakwa Brooks yang tidur dalam kereta menghalang laluan di restoran Wendy’s.
Biro Siasatan Georgia menjelaskan, Brooks gagal dalam ujian mabuk dan cuba melepaskan diri selepas dia cuba ditahan dan salah seorang daripada polis itu yang menggunakan pistol renjatan elektrik yang kemudiannya dirampas Brooks dan cuba melarikan diri.
Dia cuba menembak salah seorang anggota polis itu menggunakan pistol renjatan elektrik berkenaan dan ketika itulah pegawai polis melepaskan tembakan terhadapnya. Brooks dibawa ke hospital, namun mati selepas menjalani pembedahan.
Sumber : AFP
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3hA0PMP
via Denaihati.com