Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Berikut adalah berkaitan SOP ringkas pelaksanaan Ibadah Korban semasa Perintah Kawalan Perintah Pemulihan di Negeri Selangor.
Pihak yang boleh menguruskan korban adalah Jawatankuasa Ibadah korban masjid/surau, Jabatan Kerajaan, Badan berkanun, Agensi Swasta, NGO dan orang perseorangan.
Pihak yang ingin melaksanakan korban perlu membuat permohonan untuk melaksanakan ibadah korban secara bertulis kepada Pejabat Agama Islam Daerah dengan mengemukakan Kertas Cadangan Pelaksanaan Ibadah korban yang mengandungi maklumat berikut:
- Senarai petugas yang telah mendapat semakan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
- Tarikh pelaksanaan (perincikan jika melibatkan lebih dari satu hari pelaksanaan).
- Anggaran jumlah haiwan korban akan disembelih.
- Cadangan lokasi tempat penyembelihan (rumah sembelihan, kawasan masjid/surau atau kawasan persendirian)
- Cadangan susun atur khemah dan meja.
- Kaedah pengedaran/pengagihan daging korban.
- Aktiviti memasak daging haiwan korban (perincikan petugas, lokasi dan kaedah pengedaran).
- Langkah-langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan hanya petugas yang berada di kawasan penyembelihan.
Surat kebenaran dari Pejabat Agama Islam Daerah akan menjadi syarat utama untuk kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Pelaksanaan ibadah korban oleh bukan warganegara di lokasi persendirian adalah tidak dibenarkan.
Penganjur perlu memastikan tempat penyembelihan dan semua peralatan yang digunakan hendaklah bebas dari sebarang virus melalui proses nyahkuman mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh KKM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebelum dan sleepas pelaksanaan Ibadah korban.
Syarat-syrarat kelayakan untuk petugas:
- Berumur dari 21 hingga 60 tahun dan berstatus warganegara.
- Bukan warganegara tidak dibenarkan sama sekali.
- Tidak bergejala seperti demam, batuk, selsema, sakit tekak dan mengidap penyakit kronik.
- Tidak bertongkat dan berkerusi roda.
- Tidak mempunyai bacaan suhu badan melebihi 37.4 darah celcius.
- Petugas yang masih dalam tempoh kuarantin tidak dibenarkan hadir.
- Kehadiran petugas mesti direkodkan dalam buku rekod atau mengimbas kod QR yang disediakan.
- Petugas mesti memakai mask dan pastikan sosial distance.
- Petugas mesti memakai peralatan kelengkapan yang cukup seperti apron dan sarung tangan.
- Menggunakan hand sanitizer yang disediakan secara berkala.
- Tidak dibenarkan masuk ke Dewan solat utama.
- Penggunaan tandas dan bilik air pada tahap minima melainkan apabila perlu sahaja.
Tanggunhjawab peserta:
- Tidak digalakkan mengambil semua 7 bahagian haiwan korban.
- Tidak digalakkan buat akikah kerana waktu buat akikah bebas dan tidak terhad.
- Mengesahkan penyertaan, akad dan pembayaran buat secara online.
- Tidak dibenarkan berada di kawasan penyembelihan.
- Boleh datang mengambil bahagian daging korban secara berperingkat mengikut kaedah yang telah ditetapkan.
Had Bilangan dan Tanggungjawab petugas:
- Lembu/Kerbau/unta – maksimum petugas 40 orang dengan maksimu 5 ekor sehari.
- Kambing – maksimum 2 petugas untuk setiap ekor dengan maksimum 10 ekor sehari.
Pengagihan daging korban:
- Melantik petugas khas atau sukarelawan untuk mengedar dan mengagihkan daging korban.
- Melantik wakil dari setiap blok kediaman, jalan, lorong, taman dan fasa.
- Kaedah secara pandu lalu dengan menetapkan masa-masa tertentu bagi mengelakkan kesesakan.
Selepas pelaksanaan:
- Pastikan keseluruhan tapak penyembelihan dibersihkan.
- Sisa pepejal hendaklah dibungkus dan dilupuskan dengan cara bersesuaian.
- Sisa cecair seperti darah haiwan hendaklah ditanam.
- Pastikan semua peralatan yang digunakan dibersihkan, disusun dan disimpan.
- Petugas mesti buang apron, sarung tangan dan mask yang digunakan.
- Petugas mesti bersihkan tangan dan anggota dari kotoran.
- Petugas mesti segera meninggalkan tempat penyembelihan korban sebaik selesai semuanya.
- Pihak berkuasa termasuk PDRM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Agama Islam Daerah akan memantau secara rapat dan tegas terhadap pelaksanaan garis panduan ini.
Semoga Allah Taala permudahkan urusan ibadah korban kali ini ketika pandemik COVID-19 masih berleluasa di muka bumi.
Makluman kepada sesiapa yang nak buat korban di Kemboja pada tahun ini Jom klik link di bawah ini sekarang;
Amir Hassan bit.ly/denaihatiTV
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2N1MTgT
via Denaihati.com