Friday, 19 June 2020

Hidup ada turun naiknya, kadang gembira, kadang berduka

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Ujian Allah itu luas dan Allah uji hambanya mengikut apa yang dia mampu. Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Hidup ini juga ada turun naiknya. Kadang kita gembira, kadang kita dirundum duka. Namun kalau sentiasa bersedih lara je, elok kita iktihar dan semak dengan berbuat begini:

Baca juga: Allah Turunkan Ujian Tanda Allah Sayang

1.LATIH DIRI MELUPAKAN KENANGAN PAHIT

Peristiwa hitam itu mungkin terlalu menghantui kita. Kita seolah-olah tidak boleh ‘move on’ dari situasi tersebut.

Cara terbaik adalah dengan berhijrah ke tempat baharu. Temukan diri kita dengan suasana lain, orang berbeza, sekeliling berbeza.

Masa yang kita isi dengan bijaksana, pasti lambat laun akan menutup rasa yang gelap itu.

2.BUANG PERASAAN RISAU MELAMPAU

Jika tak mampu kemana-mana, latih diri kita untuk tidak sentiasa risau melampau. Kita mungkin trauma dari peristiwa tersebut.

Apa yang perlu kita buat adalah cari cara menenangkan diri melalui teknik pernafasan, kawalan situasi getir dan sentiasa beriadah.

3.BELAJAR UNTUK SENTIASA BERSYUKUR

Bersyukurlah dengan apa pun yang berlaku dalam hidup kita, ia adalah proses pembelajaran untuk mematangkan kita.

Dan menjadikan kita seorang yang berbeza.

Baca: 5 Cara Bersyukur Dengan Mudah

4.BELAJAR MEMAAFKAN

Sentiasa belajar memaafkan terutama diri kita sendiri dan orang yang berbuat salah.

Cara ini boleh mengelakkan dari berdendam dan jiwa kita akan lebih tenang.

5.SENTIASA CARI BAHAN UNTUK KETAWA

Ketawa adalah penawar mujarab untuk hati yang berduka. Sentiasa membiarkan diri kita dikelilingi oleh orang yang sentiasa menghiburkan dan buat kita ketawa.

Setidaknya hidup kita tidaklah sunyi sendu dan jiwa kita akan terikut gembira sepanjang hari.

6.UBAH MINDSET

Apa yang ada difikiran kita, itulah yang menjadikan kita siapa. Jika kita berfikir sebagai seorang yang sihat akal dan tubuh badan, maka kita akan jadi orang yang positif sentiasa.

Kalau kita fikir sentiasa terasing dan dipinggir, kita akan jadi orang yang negatif.

7.CEKALKAN HATI

Tiada apa yang boleh mendorong kita selagi kita sendiri yang menguatkan apa yang ada di dalam hati kita.

Ingatlah bahawa segalanya adalah sementara di atas dunia ini. Perasaan sedih itu semua tidak kekal pun, dan satu saat nanti akan dihilangkan dengan rasa gembira bahagia.

Yakinlah bahawa dalam tiap kesempitan hidup, Allah akan luaskannya selagi kita sendiri berusaha untuk mengubah nasib diri kita.

Jangan bersedih ya semua.

Oleh Puan Suzy Honey



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3hPNznN
via Denaihati.com