Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Islam adalah agama yang seimbang membicarakan aspek kehidupan di dunia dan di akhirat. Umatnya diseru berusaha secara tekun untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu perlu ada ‘usaha’ ke arah memperolehi rezeki.
Baca: Rahsia kejayaan dan magnet rezeki yang luar biasa
Rezeki adalah salah satu perkara yang menjadi rahasia Allah SWT, sama halnya dengan umur, jodoh, dan kematian seseorang. Namun, Allah Taala menegaskan bahawa setiap makhluk yang ada di dunia telah dijamin rezekinya.
Konsep rezeki akan jadi lebih murah dan mudah datang jika kita bersedekah atau ‘memberi’ kepada orang lain. Tidak kisah banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keikhlasan.
Baca: Alhamdulillah, Rezeki Tak Pernah Putus Selepas Amal Doa Ini
Baca: Amalkan Surah Al-Waqiah setiap hari, dikurniakan pelbagai bentuk rezeki
Oleh itu, mari sama-sama kita lihat perkongsian daripada seorang pengguna facebook,Puan Suzy berkaitan tanda rezeki sentiasa dimurahkan. Di bawah ini ada 5 tanda-tandanya;
1.KESEJUKAN HATI YANG SUKAR DICARI GANTI
Hati mula rasa tenang damai. Itulah rezeki paling utama yang dikehendaki oleh sesiapapun manusia atas mukabumi.
Kita pergilah mana pun, pusing keliling dunia nak cari tempat paling aman, namun jika hati sendiri tak rasa aman, pergi mana pun tetap rasa sama.
2.KERJA DIPERMUDAHKAN
Urusan kita mencari rezeki semakin dipermudahkan. Hasil atas usaha kita sentiasa mengalir dan tak putus seperti air zam-zam.
3.KUANTITI SEDIKIT PUN RASA CUKUP
RM1 yang berkat, adalah lebih baik dari RM100 yang tak diberkati. Kadang kita lihat duit sedikit itulah yang tak pernah habis namun bila ada duit banyak pula, hilang macam itu je. Tak nampak bayang.
4.DIKURNIAKAN KESIHATAN BERPANJANGAN
Tubuh badan yang sihat adalah dari pemakanan yang selamat dan bersih. Dan itu semua dari sumber yang halal dan diberkati.
5.DISENANGI OLEH ORANG SEKELILING
Kehadiran yang selalu diraih, dan pemergian kita ditangisi. Kita hadir membawa rezeki. Bukan dalam bentuk kewangan namun dalam bentuk ketenangan jiwa dan kegembiraan perasaan.
Semoga kita semua sentiasa mendapat rezeki yang diberkati dan dipanjangkan umur dengan limpahan keberkatan dari Allah SWT. Rezeki tidak pernah salah alamat
Puan SuzyHoney
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3fPo9o6
via Denaihati.com