Wednesday, 3 June 2020

Sedekah boleh mengubati kesedihan

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Islam menggalakkan untuk memberi kepada mereka yang memerlukan kerana dengan memberi, anda tidak akan jatuh miskin, malah anda ialah yang paling kaya di akhirat. Ia dipanggil sebagai sedekah.

Sedekah itu adalah dengan memberikan sesuatu kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kewangan, harta benda serta makanan. Banyak kelebihan yang diceritakan di dalam Al-Quran terhadap perbuatan sedekah.

1 – Ganjaran Pahala Seperti 700 Kebaikan

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.”

(Surah Al-Baqarah, 2:261)

2 – Mengubati Kesedihan

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya: “Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berduka cita.”

(Surah Al-Baqarah, 2:274)

3 – Allah Membalas Dengan Sebaik-Baik Balasan

فَأَوْفِ لَنَا الْكَيْلَ وَتَصَدَّقْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّ اللَّـهَ يَجْزِي الْمُتَصَدِّقِينَ

Maksudnya: “Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma.” (Surah Yusuf, 12:88)

4 – Manusia Yang Beriman

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ وَلَا شَفَاعَةٌ ۗ وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (Kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Baqarah, 2:254)

Oleh itu, Kalian yang banyak memberi, ia akan membuatkan anda lebih bahagia dan jiwa sentiasa tenang. Setiap pahala yang mengalir itu akan menjadi saham untuk anda di akhirat. Akhir kata, memberilah walau sedikit dan sentiasa istiqamah serta ikhlas kerana tangan yang memberi itu adalah lebih baik daripada yang menerima.

Wallahu a’alam.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2U8lVb4
via Denaihati.com