KOTA BHARU: Kelantan kembali diisytiharkan Zon Hijau selepas tidak merekodkan kes baharu COVID-19, sejak dua minggu lalu.
EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin, menerusi kenyataan media berkata, terdapat satu kes sembuh hari ini membabitkan wanita hamil dari Kuala Krai.
"Alhamdulillah, Kelantan kekal tiada kes baharu positif COVID-19 pada hari ini. Terdapat satu kes sembuh hari ini (kes 156) menjadikan negeri Kelantan kini bebas dari COVID-19.
"Kita belum bebas sepenuhnya walaupun negeri Kelantan tiada kes baharu COVID-19 dicatatkan.
"Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan amalkan penjagaan kebersihan diri dan penjarakan sosial demi kebaikan bersama. Kita jaga kita," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin ketika dihubungi mengesahkan seorang pesakit yang sembuh itu adalah wanita hamil yang dilaporkan mangsa terakhir positif, baru-baru ini.
"Wanita berkenaan sudah sembuh, namun sekarang kita rawat kandungannya yang tiada sebarang kaitan dengan COVID-19," katanya.
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/3eQSPoP
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2zQOXp3
via MerahHatiCintaku.blogspot.com