Monday, 14 October 2019

"Anak Saya Hanya Menunggu Mati, Tiada Yang Sudi Bantu", Ibu Ini Mohon Doa Orang Ramai


Puan Farah Idayu mempunyai 3 orang anak namun dia diuji apabila anak kedua dan ketiganya disahkan mempunyai masalah jantung dan beberapa komplikasi lain sejurus selepas dilahirkan. Tiada apa yang dia harapkan melainkan doa seluruh rakyat Malaysia untuk kedua anaknya yang bertarung hidup melawan kesakitan.

Anak Kedua, Nur Fatihah

Selepas anak saya Nurfatihah dilahirkan pada 3/8/18 ketika usia kandungan 37 minggu (Air mentuban bocor), Fatihah terus dikejarkan ke NICU Hospital Tuanku Ja’afar kerana nafasnya berdegup dengan kadar yang laju selama seminggu. Saya lahirkan Fatihah secara pembedahan.



Doktor cuba buka oxygen dan SPO2 dia tetap 95% kebawah dan doctor terus membuat ujian Echo. Doktor mengesahkan Fatihah mempunyai masalah jantung dan perlu dirujuk ke Hospital Serdang.

Nur Fatihah yang berada di wad kanak-kanak

Selepas sebulan berada di HTJ, Fatiha di bawa ke Hospital Serdang, pakar mengesahkan tiada lagi harapan buat Fatiha selepas melakukan ujian ECL. Selepas itu doctor sahkan Fatihah tiada pembuluh dara, mempunyai masalah jantung berlubang dan dua lagi masalah lain. Doktor sahkan tiada ubat dan pembedahan yang sedia ada di Malaysia.


Makin Fatihah membesar, dia bakal menghidapi banyak komplikasi dan makin kerap perlu dirawat di hospital. IJN juga menolak kes Fatihah kerana dia tiada pembuluh darah (tidak wujud).


Tiada rawatan dan ubat lagi untuknya didunia. Kalau Fatihah sakit, dia hanya mampu menahan kesakitan tersebut kerana tiada ubat. Dia kadang-kadang akan pengsan, batuk berdarah dan kencing berdarah.

Anak ketiga

Nur Aisyah pula yang baru berusia 3 bulan, dilahirkan pada 12/6/19. Selepas dilahirkan dia dikejarkan terus ke NICU HTJ dan doktor kanak kanak mengesahkan Aisyah menghidapi masalah jantung berlubang VSD + PDA + ASD dan bakal dipindahkan ke Hospital Serdang bulan Disember ini.

Nur Aisyah ketika dilahirkan

Doktor masih dalam perancangan untuk melakukan pembedahan keatas Aisyah. Dia masih kecil jadi doctor masih memantau keadaanya.

Suami saya pula bekerja di pasar malam dan berbekalkan gaji harian RM50. Kalau dia pergi kerja ada gaji dan kalau dia terpaksa menjaga anak di wad sebab anak nombor dua masuk wad (saya yang akan jaga anak lain di rumah), dia tiada gaji kerana terpaksa mengambil cuti.

Saya tak dapat membantu suami bekerja memandangkan anak saya, Fatihah kerap pengsan dan Aisyah pula masih kecil dan kuat meragam.


Kalau Fatihah kerap keluar masuk wad, suami tak dapat pergi ke kerja jadi kami memang tiada duit. Kadang-kadang terpaksa menyatu makanan sebab saya perlu dahulukan Fatihah serta Aisyah yang terpaksa minum susu khas yang agak mahal. Kos untuk susu Aisyah hampir RM350 manakala susu Fatihah mencecah RM400 sebulan.

Kami turut mendapat bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM400 untuk setahun. JKM pula kami mendapat RM200, tetapi tidak boleh memohon untuk anak nombor tiga kata JKM.

Hidup saya agak tertekan kerana saya anak yatim piatu dan tiada tempat untuk bergantung harap. Saya cuba usaha memohon bantuan kesana kesini, ditengah panas dan terpaksa membawa anak-anak namun tiada siapa yang sudi membantu sebab anak saya, Fatihah hanya menunggu mati jadi tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan.  Hanya untuk baby Aisyah sahaja ada yang sudi membantu kerana Aisyah masih ada harapan untuk hidup.

Medical report Fatiha

Semua orang tak sudi membantu kerana katanyanya saya masih muda. Siapa yang tak ingin cari duit untuk bantu suami, tapi saya diuji dengan anak-anak yang sakit dan terpaksa menjaga mereka yang masih kecil membataskan pergerakkan saya. Anak-anak saya perlukan perhatian yang penuh, tengah menyusu kadang-kadang Fatihah boleh pengsang sampai biru seluruh muka. Tiada siapa yang sanggup menjaga anak saya jika keadaanya sentiasa begini.

Saya tak minta hidup saya seperti ini dan kadang-kadang saya akui saya sangat tertekan. Saya selepas bersalin tak sempat berpantang kerana terpaksa ulang alik ke hospital menjaga baby yang berada di wad.

Saya reda apabila doctor sahkan Fatihah hanya mampu hidup selama 15 tahun sahaja tapi saya yakin dengan kuasa Allah. Tak mungkin disebabkan dia tiada harapan untuk hidup, bantuan untuknya diabaikan.

Hujung tahun ini saya terpaksa keluar daripada rumah sewa. Untuk menyimpan duit bagi duit pendahuluan rumah sewa baru agak berat disebabkan keadaan kami sekarang. Saya usaha ke MPS untuk memohon rumah PPR sewa kerajaan tapi saya di halau. Apa lagi usaha yang perlu saya lakukan?

Saya Berharap Sangat Dengan Usaha Terakhir Saya Di Pa&Ma, Ada Yang Sudi Membantu Saya Dan Ada Pihak Kerajaan Yang Membaca Kisah Saya Dan Sudi Membantu Saya. Saya Bukan Tak Usaha, Saya Usaha.

Saya MERAYU.. bantulah anak-anak saya. Doakan anak saya.

*Update terbaru keadaan Fatihah semalam 14/10/2019 “

Assalamualaikum.. Saya dengan rendah hati mohon doakan anak saya Fatihah.. SPO2 dia makin menurun.. Doa semua amat diperlukan disaat ini.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke Akaun bank atas nama Farah Idayu binti Mohd Shah 888 1031 6419 71 (Ambank) atau boleh hubungi Puan Farah di talian 017-2381446

*Artikel ini hasil temuramah bersama Puan Farah Idayu
** Pa&Ma tidak akan bertanggungjawab atas pendapat dan komen individu lain.

Sumber asal: Majalah Pa & Ma


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2BejGZS
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2pgfvdF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com