Laman sosial Facebook dan Instagram mengharamkan penggunaan ikon dan emoji yang telah disalahguna sesetengah individu untuk menggambarkan keinginan seksual mereka.
Sejak semalam, pihak Facebook dan Instagram telah melakukan perubahan untuk mengemas kini kepada Standard Komuniti yang bertujuan untuk mengelakkan pengguna menggunakan emoji terung dan buah peach serta titisan air sebagai unsur seksual.
Ini kerana garis panduan Facebook itu melarang dan mengharamkan kesemua jenis emoji tersebut kerana ia mendatangkan gambaran mirip tubuh badan manusia dengan ikon tersebut.
Kata pihak Facbook, mereka kaan menghadkan bahasa yang menggambarkan seksual dalam komuniti global.
Terdapat komuniti antarabangsa yang berasa sensitif dan kurang selesa terhadap isi kandungan sedemikian sekaligus menyukarkan aktiviti komunikasi dengan rakan diplatform tersebut.
Emoji tersebut dikenali secara meluas yang menggambarkan terung sebagai penis/zakar dan buah peach seakan mewakili punggung.
Peraturan baharu itu di bawah Seksyen 16, Komuniti Standard di bawah Permohonan Seksual.
Dengan pengenalan kepada penambahan baharu itu, Facebook memaklumkan pihaknya meletakkan ‘when content facilitates, encourages or coordinates sexual encounters between adults.’
Terdapat dua kriteria baharu di bawah seksyen berkenaan.
Yang pertama adalah pengguna mesti ‘secara tersirat atau tidak langsung’ menawarkan beberapa bentuk komunikasi seksual sama ada ‘imej telanjang,’ seks, atau ‘perbualan sembang seks’.
Kriteria kedua pula adalah bahawa kandungan harus mempunyai beberapa bentuk ‘unsur-unsur yang bersifat seksual.’
Bagaimanapun, pengguna media sosial mengkritik kerana terlalu memberi perhatian mengenai isu itu berbanding rasis dan propaganda yang ada di laman sosial yang sama.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3228wTl
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2pjtSyf
via MerahHatiCintaku.blogspot.com