Gara-gara tidak dapat makan telur, seorang isteri di India sanggup meninggalkan suami dan lari bersama kekasihnya.
Menurut pihak polis, wanita yang tinggal di Campierganj itu memberitahu polis bahawa suaminya tidak memberikan telur untuk dimakan dan itu membuatnya marah sehingga sanggup meninggalkan suaminya.
Bagaimanapun dia kembali semula ke rumah. Namun Sabtu lalu sekali lagi dia meminta hidangan telur daripada suaminya namun tidak dapat dipenuhinya menyebabkan sekali lagi dia melarikan diri dari rumah.
Pada masa sama kekasihnya juga dipercayai tiada di rumah dan disyaki kali ini mereka berdua berpindah bersama.
Suaminya hanya bekerja sebagai buruh harian dan mengatakan bahawa dia tidak mampu untuk membeli telur setiap hari untuk keluarga.
Dia juga mendakwa bahawa kekasih isterinya mengambil kesempatan daripada kekurangannya itu dan mula membawa telur untuk mereka setiap hari.
"Dia suka telur dan 'kekasih' selalu membawa telur untuknya," katanya mendakwa isterinya mempunyai kekasih sejak empat bulan lalu. - Agensi
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2JznSbe
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34hmulK
via MerahHatiCintaku.blogspot.com