Wednesday, 30 October 2019

Niat Nak Bersihkan Laut, Nelayan Jadi Jutawan Sekelip Mata Apabila Menemui Muntah Ikan Paus.


Tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa yang tahu! Begitu perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan nelayan dari Bengkulu, Indonesia ini yang menemui muntah ikan paus berharga lumayan.

Nasib seorang nelayan bernama Sukadi berubah sekelip mata apabila beliau telah menemui beberapa ketulan besar seakan lilin ketika menangkap ikan berdekatan Lautan Hindi . Pada mulanya Sukadi berfikir ketulan ini hanya sampah yang telah dibuang dari kapal. 

Namun beliau menjadi begitu terkejut apabila mendapat tahu ketulan itu rupa-rupanya adalah muntah ikan paus yang berharga lumayan di pasaran. Setiap 1 kilogram muntah ikan paus mencecah harga RM6,800.

Setelah menyedari nilai lumayan muntah ikan paus itu, Sukadi yang berasal dari Kabupaten Kaur, Wilayah Bengkulu telah menjadi jutawan segera apabila telah menjual 150 kilogram muntah ikan paus dengan keseluruhan bernilai RM1 juta.

Sukadi masih mempunyai simpanan muntah ikan ikan paus yang banyak di rumahnya iaitu kira-kira 200 kilogram yang bernilai RM1.36 juta. Namun begitu, Sukadi bercadang mahu meningkatkan harga kepada RM9,200 sekilogram yang mana jika muntah paus ini berjaya dijual, Sukadi mampu memperolehi pendapatan sebanyak RM1.84 juta.


Menurut kajian saintis, muntah ikan paus atau ‘ambergis’ merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam pembuatan alat kosmetik dan pewangi kerana ia mempunyai sifat atau agen yang boleh memanjangkan jangka hayat sesuatu barangan komestik dan wangian. Muntah ikan paus digelar emas terapung kerana harganya sangat lumayan di pasaran.

Selain Sukadi yang bertuah ini, beberapa orang nelayan bertuah di dunia juga pernah menjumpai muntah ikan paus dan menjadi jutawan segera. Pada tahun 2016, seorang nelayan di Oman telah berjaya menjual 80 kilogram muntah ikan paus yang ditemuinya dengan harga RM10.4 juta. Manakala seorang nelayan di Britain telah berjaya menjual 2.7 kilogram muntah ikan paus dengan harga RM550,000 pada tahun 2013.

Kredit: Tribunnews

Menurut laporan Kompas.com, Sukadi telah menemui ketulan muntah ikan paus itu di antara Pulau Dua dan Pulau Enggano pada 2 September 2017. Muntah ikan paus tersebut telah ditemui secara berselerak di Lautan Hindi.

Menurut Sukadi dalam temubualnya, “Saya fikir objek putih yang saya temui itu adalah sampah lalu saya telah mengutipnya dan memasukkan ke dalam bot. Apabila sampai di rumah saya telah melayari internet dan membuat sedikit kajian. Saya berasa terkejut apabila mendapat tahu harganya sangat mahal di pasaran.”

Sukadi menambah, “Muntah ikan paus ini bersifat seperti lilin. Apabila ia dibakar, ia akan menyala dan mula mencair.”

Kredit: Tribunnews

Ujar Sukadi, setelah berita penemuan muntah ikan paus ini disiarkan, ramai yang telah menghubunginya dan menyatakan minat untuk membeli simpanan muntah ikan paus tersebut.

Kata Sukadi lagi, “Saya masih menyimpan 200 kilogram muntah ikan paus di rumah dan sedia untuk menjual jika harga yang ditawarkan amat berpatutan.”

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News https://ift.tt/34chFKh
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2PvSdeU
via MerahHatiCintaku.blogspot.com