Monday, 28 October 2019

Tengkorak Tumbuh Tanduk Jika Terlalu Kerap Lihat Telefon Bimbit – Kajian


Tulang ‘tajam’ didapati tumbuh pada belakang tengkorak mereka yang asyik melihat telefon pintar atau tablet, kata pasukan penyelidik Australia.

Pasukan saintis itu berkata, bilangan mereka yang mengalami pembesaran tulang itu semakin bertambah. Bahagian bawah tengkorak itu dinamakan occipital protuberance.

Mereka berkata, sindrom tersebut dialami terutama oleh golongan belia dengan ‘tanduk’ tersebut biasa dilihat dalam kalangan mereka yang berusia antara 18 tahun hingga 30 tahun.

Kajian itu dilakukan oleh pasukan penyelidik Universiti Sunshine Coast di sini.


Dalam kajian mereka, pasukan penyelidik itu mengimbas lebih 1,000 tengkorak orang ramai yang berusia antara 18 hingga 86 tahun.

“Saya menjadi doktor lebih daripada 20 tahun dan hanya pada dekad sebelum ini saya melihat semakin banyak masalah bonjolan berlaku pada tengkorak pesakit,” kata ketua penyelidik berkenaan, Dr. David Shahar.


Dr. Shahar berkata, masalah itu berkemungkinan berpunca daripada orang ramai terutamanya golongan muda kerap tunduk untuk melihat skrin telefon pintar.


Masa berjam-jam yang dihabiskan untuk melihat telefon pintar, tablet dan komputer riba berkemungkinan menyebabkan tekanan pada bahagian tubuh yang jarang digunakan, mengakibatkan ia berubah sedikit demi sedikit.

Dalam kes ini, otot bahagian leher yang bersambung pada belakang kepala kerap digunakan apabila seseorang tunduk untuk melihat telefon pintar. Kepala orang dewasa secara umumnya memiliki berat lima kilogram.

Sebagai tindak balas, otot berkenaan menjadi semakin besar dan kuat, kata Dr. Shahar. Menurutnya, tengkorak pula akan menghasilkan lapisan tulang baharu untuk mengukuhkan bahagian tersebut bagi menyokong otot terbabit.

Adakah anda merasakan tulang ini pada bahagian tengkorak anda? 


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2MTULBx
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/36epCjZ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com