Wednesday, 30 October 2019

Menangis Di Antara 7 Pagi Sehingga 10 Malam Mengurangkan Berat Badan


Menangis adalah limpahan emosi diri kita, seperti rasa kesedihan, kekecewaan, dan ketika menghadapi kegagalan, malah rasa kebahagiaan. Menangis juga boleh melepaskan tekanan stres untuk sesetengah orang.

Tetapi, adakah anda tahu bahawa menangis juga boleh menurunkan berat badan? Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa menangis sepenuh perasaan sebenarnya dapat membantu anda menurunkan berat badan. Ini kerana hormon dari jeritan emosi membantu meningkatkan kadar kortisol setelah sekian lama memendam perasaan.

Malah, air mata yang disebabkan oleh stres mempunyai keupayaan untuk menghapuskan beberapa jenis bahan toksik daripada badan. Itulah sebabnya ahli biokimia William Frey menyimpulkan, menangis membantu menghilangkan bahan-bahan toksik yang cenderung terkumpul apabila manusia tertekan secara emosi.

Di samping itu, badan kita tidak akan menyimpan lebih banyak lemak apabila kita menumpahkan air mata, kerana semua tekanan hormon akan segera dilepaskan melalui proses menangis ini.

Penyelidikan juga mengatakan bahawa anda hanya boleh mendapatkan manfaat ini jika anda menangis yang dicetuskan oleh emosi sebenar. Ada 3 jenis air mata, iaitu:


1. Air mata asas atau yang berguna untuk mengekalkan kelembapan mata kita.

2. Air mata refleks atau air mata kerengsaan yang tidak disengajakan kerana tekanan alam sekitar seperti asap dan angin.

3. Air mata psikologi yang berkaitan dengan perasaan dan emosi kita.

Hanya air mata psikologi yang mempunyai kesan menghilangkan berat badan. Tetapi ada jangka masa tertentu untuk memaksimumkan kesan ini. Saintis mencadangkan untuk menangis bila-bila masa, tetapi menurut mereka masa terbaik adalah di antara 7 pagi hingga 10 malam.

Sudah pasti ini adalah berita baik untuk anda yang suka menonton filem sedih pada lingkungan jam tersebut. Menangis tidak hanya baik untuk melepaskan semua perasaan untuk mengekalkan kesihatan mental kita, tetapi juga baik untuk kesihatan fizikal kita. 

Tetapi, tentu saja, jangan cuba tips ini dengan menangis setiap hari hanya kerana anda ingin menurunkan berat badan, ya.


7 Manfaat Lain Menangis Untuk Kesihatan Kita:

1. Membantu penglihatan

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress

Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

Sumber: Pemanis Kata


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2NrsHVg
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2qWTO34
via MerahHatiCintaku.blogspot.com