Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana pernah membantu golongan taikun semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan 1998.
Mahathir yang pada ketika itu merupakan perdana menteri, berbeza pendekatan dengan menteri kewangannya, Anwar Ibrahim tentang cara menangani kegawatan ekonomi.
Anwar mahukan kawalan terhadap perbelanjaan, manakala Mahathir pula cenderung menggalakkan perbelanjaan bagi meneruskan kegiatan ekonomi.
Tun Mahathir menulis di blog dan akaun twitternya :
1. Saya mengaku saya terlibat dengan ciptaan pendekatan untuk mengatasi masalah kewangan pada 1997- 1998.
2. Ya, memang pun cara kita selesaikan krisis menolong taikun di Malaysia.
3. Memanglah baik jika kita tidak menolong taikun dan biarkan mereka dan perniagaan mereka rugi, gagal dan terpaksa ditutup.
4. Dengan ini semua kakitangan mereka (yang kaya dan tidak kaya) akan menganggur. Eksport kita akan menurun dan tidak akan ada pengaliran wang asing ke dalam negara kita.
5. Kerajaan pula akan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun. Sebahagian besar dari dana Kerajaan akan hilang. Operasi dan pembangunan negara tidak dapat diteruskan. Segala infrastruktur tidak dapat dibangunkan.
6. Dalam keadaan kehilangan cukai keatas taikun kitaterpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun. Setelah membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang miskin.
7. Pada satu masa 70 tahun dahulu taikun dibunuh dan harta mereka dirampas di beberapa buah negara. Semua perniagaan dan perusahaan diambil oleh pemerintah dengan harapan 100% dari keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan.
8. Jika kita hendak kita boleh halau keluar semua taikun ini. Jangan tolong mereka. Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan taikun sahaja.
9. Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai.
10. Itu soalannya?
11. Saya minta maaf kerana tindakan saya mengatasi krisis kewangan 1997-1998 menguntung taikun.
Semasa krisis itu, Anwar juga menyokong pelan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), namun tidak dipersetujui Mahathir.
Kemuncak pergeseran antara kedua-duanya berlaku apabila Anwar disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri dan didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan seks.
Mahathir berkata tanpa bantuan kepada taikun, kerajaan akan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2MXiRf0
via Denaihati.com