Monday, 28 October 2019

Isteri membebel tanda sayang, kalau diam kena hati hati…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hobi golongan wanita mampu bercakap tanpa henti dalam sehari. Lebih-lebih lagi pada individu yang mereka rapat dan percaya sahaja. Terutamanya golongan wanita yang sudah bergelar isteri. Membebel dan berleter tanpa henti pada suami dan anak-anak sudha cukup membuatkan rumah tangga meriah sebenarnya.

Namun sedemikian, ada juga dikalangan para suami tidak suka apabila isteri sudah mula membebel kerana bagaikan ditusuk panah yang berduri. Sentap, geram dan marah itulah perasaan para suami.

Para suami perlu tahu bahawa isteri membebel tu maknanya dalam hati masih ada lagi perasaan cinta dan sayang.

Suami perlu risau dan tidak duduk diam sekiranya isteri mula duduk diam. Bisu seribu bahasa ketika dilanda masalah….

Mendiamkan diri dan menjauhkan diri ketika berlakunya pergaduhan. Itu bukan wanita apatah lagi isteri.

Jadi, Para Suami Perlu Tahu Kenapa Isteri Membebel?

1. Sebab penat.

Perempuan kalau penat memang banyak cakap, melainkan ketika tidur lena. Badan dan hatinya penat, namun mulutnya tidak penat untuk berbicara.

2. Sebab sayang.

Isteri membebel sebab masih sayang dan mengambil berat pada suami dan anak-anaknya. Kalau dah tak ambil berat, tak ambil peduli, bukan sahaja mendiamkan diri, mungkin bawa diri sehingga ke pelusuk dunia.

3. Cara meluahkan perasaan.

Membebel tu tanda isteri meluahkan perasaan, jadi para suami perlu tadah sahaja telinga dan mendengar. Beri peluang untuk mereka meluahkan perasaan dan berkongsi cerita. Nanti dada isteri rasa nak meletup.

4. Sukar untuk mengawal emosi.

Perempuan membebel sebab sukar untuk mengawal emosi ketika itu. Perempuan kalau tidak membebel, kebarangkalian dapat mengawal emosi tetapi badannya lincah bekerja. Sebab itu mereka sentiasa penat.

5. Mengharapkan belas kasihan suami sendiri.

Kalau isteri tak membebel pada suami sendiri, kalau isteri tidak meminta belas kasihan dari suami sendiri, takkan isteri nak pergi pada suami sahabatnya sendiri pula. Betul tak? Anda suaminya, jadi anda perlu jalankan peranan sebagai seorang suami. Jadilah pendengar setia.

Bagi Para Isteri, Ini Teknik Membebel Dengan Betul.

1. Tidak menggunakan kata-kata kesat.

Boleh nak membebel, tapi jangan gunakan kata-kata kesat, lucah, atau makian. Ia bukan sahaja memberi andaian negatif pada suami dan anak-anak, minda dan jiwa mereka juga akan jadi negatif.

2. Tidak mengungkit.

Jangan membebel dengan mengungkit kisah dan kesilapan masa lepas kerana ia hanya menambahkan masalah, bukan menyelesaikan masalah.

3. Tidak Membuat perbandingan.

Isteri atau Mak yang nak membebel, jangan membuat perbandingan suami anda dengan suami orang lain. Apatah lagi membuat perbandingan antara anak-anak sendiri dengan anak-anak orang lain juga.

4. Tidak membuat suami salah faham.

Untuk mengelakkan pergaduhan dengan suami ketika membebel adalah, elakkan membuat suami salah faham. Jangan berkias, jangan bermadah, jangan penuh dengan tersirat. Direct to the point je dengan suami.

Masa bercinta dahulu, kalau lihat si dia membebel ini kelihatan comel dan suka aje melihat dia membebel dalam semua perkara. Ia macam nampak sayang sangat dekat kita ini. Tapi itu masa bercinta, selepas beberapa tahun berkahwin

Jadi, pada para suami kalau isteri membebel tu, bersiap sedia sahaja dengan leterennya. Tadah telinga dan jadi pendengar setia. Itu yang isteri mahukan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2Nm5mEl
via Denaihati.com