Semasa menggunakan jalan raya, kita dikehendaki mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Ini kerana, pelbagai risiko kemalangan boleh terjadi sekiranya kita bertindak mengabaikannya.
Atas kecuaian serta kelalaian kita semasa menggunakan jalan raya, orang lain yang akan menjadi mangsa. Dan apabila kemalangan itu terjadi, segala kekesalan yang dirasai sudah tidak bermakna lagi.
Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Shamsuddin Ismail, dia ada berkongsikan berkenaan keadaan selepas kemalangan yang didakwa terjadi di depan pejabatnya.
Menurutnya, kemalangan yang melibatkan sepasang suami isteri serta tiga penunggang motorsikal yang lain itu telah mengorbankan nyawa si isteri manakala suaminya dan tiga penunggang motorsikal lagi dikatakan kritikal.
Lebih memilukan lagi, terdapat seorang kanak-kanak yang dipercayai anak kepada pasangan tersebut yang terselamat duduk berdekatan tubuh ibunya yang dikatakan telah tiada sambil memanggil-manggil ibunya itu.
Ikuti perkongsian mengenai kejadian itu seperti berikut:
Ya Allah,
Apalah nasib anak kecil ini, dalam sekelip mata kehilangan ibu yang tersayang akibat kecuaian orang lain.
Ayah pula cedera parah manakala ibu dah terbujur kaku tidak bernyawa lagi.
Kejadian depan opis Damen Usj yang meragut satu nyawa malam ni akibat kecuaian pemandu lain manakala 3 yang lain cedera parah di bawa ke hospital, kesemuanya penunggang serta pembonceng motosikal dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di lampu isyarat.
Sayu hati ini mendengar suara anak kecil itu memanggil-manggil ibunya, mummy mummy, belum puas rasanya anak kecil ini untuk menagih kasih sayang dari ibunya.
Terkejut mendengar dentuman kuat dari opis semasa meeting, rupa-rupanya satu nyawa sudah melayang.
Semoga anak kecil itu tabah menghadapi hari-hari berikutnya tanpa orang yang tersayang.
Sumber: Shamsuddin Ismail via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2plQnCI
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2N4bimv
via MerahHatiCintaku.blogspot.com