KUALA LUMPUR: Caj ke atas beg plastik yang dilaksanakan di premis perniagaan tetap, akan diperluas ke semua premis perniagaan dalam tempoh tiga tahun lagi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebelum berakhirnya 2021 pengenaan caj ke atas beg plastik akan dilaksanakan di semua premis perniagaan tetap kemudian akan dilaksanakan kepada semua premis bermula pada tahun 2022.
“Langkah itu adalah antara inisiatif utama di bawah Pelan Hala Tuju Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang termasuk amalan tiada penggunaan penyedut minuman plastik yang menggalakkan pengguna untuk minum terus dari cawan atau gelas.
“Pengenaan caj ke atas beg plastik dan tiada penggunaan penyedut minuman adalah inisiatif kerajaan dalam mencegah pengguna daripada menggunakan plastik sekali guna dan sekali gus dapat mendorong pengguna untuk membuat keputusan yang lebih mesra alam dengan membawa beg yang boleh diguna semula semasa membeli-belah dan amalan meminum tanpa menggunakan penyedut minuman,” katanya.
Terdahulu, beliau melancarkan Kempen Cintai Alam Sekitar anjuran Ecobio Pack Sdn Bhd dan NGO, Pawana di Subang Jaya.
Dalam masa sama, Dr. Wan Azizah memuji langkah kerajaan Pulau Pinang yang menggunakan hasil caj penggunaan beg plastik untuk tujuan program pemuliharaan alam sekitar.
Malah beliau menyeru negeri-negeri lain supaya menjadikannya contoh untuk dilaksanakan di negeri masing-masing.
Lebih membanggakan, beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Perak, Terengganu, Kelantan dan Sarawak telah mula mengambil langkah yang sama.
Terbaharu, kerajaan Pulau Pinang mencadangkan caj terkini setiap plastik daripada RM0.20 sen kepada RM 0.50 selepas kadar semasa didapati kurang berkesan dalam usaha kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik.
Di Wilayah Persekutuan pula, peruncit hanya dibenarkan untuk menyediakan beg plastik dari kategori biodegradasi dan komposit.
Sumber: Era Baru
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2NnuYkl
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WmorKU
via MerahHatiCintaku.blogspot.com