Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan sebagai perkhabaran gembira buat anak muda. Tahun 2020 merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) dan menjadi tahun asas kepada penetapan hala tuju RMK12 (2021-2025).
Penambahbaikan yang dilakukan terhadap belanjawan itu demi anak muda dan industri sukan dengan memberi contoh, peruntukan dana khas sebanyak RM6.5 bilion demi mewujudkan peluang pekerjaan. Ini akan membantu ramai mahasiswa yang masih menganggur.
Pembentangan belanjawan semalam yang memperuntukkan begitu banyak bantuan kepada anak muda menganggur, insentif pekerjaan bagi menggantikan buruh asing dan peluang perniagaan kepada yang ingin menjadi usahawan.
Memang benar, anak muda pada masa kini merupakan pemimpin masa depan. Sebab itu, banyak peruntukan patut digunakan untuk pembangunan masa depan.
Banyak penambahbaikan dirancang kerajaan menerusi peruntukan Belanjawan 2020 termasuk suntikan dana khas berjumlah RM6.5 bilion untuk mencipta 350,000 peluang pekerjaan tahun depan.
Malaysia@Kerja dibahagikan kepada empat program iaitu Graduan@Kerja, Wanita@Kerja, Watan@Kerja dan Perantis@Kerja.
Program ini akan diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan insentif gaji tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP kecuali bagi program Perantis@Kerja.
Inisiatif ini juga akan diintegrasikan dengan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) serta program pasaran buruh aktif yang lain.
Program ini dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada seramai 130,000 orang pekerja asing. Menerusi program Malaysia@Kerja, warga Malaysia yang menganggur akan menguasai kemahiran dan kecekapan diperlukan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan dengan syarikat yang relevan serta peratusan pengekalan pekerja selepas tempoh dua tahun insentif tamat.
#WatanKerja pula adalah program kesamarataan kos pengambilan pekerja yang bertujuan mengalihkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.
Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji dua tahun RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor manakala majikan pula menerima insentif pengambilan RM250 sebulan dalam tempoh sama.
#PerantisKerja pula adalah insentif Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bentuk elaun tambahan RM100 sebulan untuk pelajar dalam kursus TVET bertujuan menggalakkan lebih ramai belia menyertai kursus itu.
Memang beruntunglah anak-anak muda yang diberi perhatian dalam Belanjawan 2020 kali ini. Seharusnya kita melihat bahawa masih ramai graduan yang menganggur dalam jangka masa yang lama.
Belanjawan 2020 kali ini bertemakan “Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama”, Belanjawan 2020 merupakan belanjawan negara kedua kerajaan Pakatan Harapan selepas membentuk kerajaan pada Mei 2018.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2M9BawR
via Denaihati.com