Friday, 4 October 2019

Hentikanlah ketagihan minum teh boba, kesan kesihatan jangkamasa panjang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Amaran demi amaran telah diberikan kepada orang ramai supaya tidak minum teh boba yang juga dikenali sebagai bubbletea atau boba juice atas sebab-sebab kesihatan.

Satu kajian yang dijalankan oleh Politeknik Temasek di Singapura mendapati bahawa satu cawan teh boba gula perang 500ml mengandungi kira-kira 92g gula. Ini merupakan tiga kali ganda jumlah gula yang terdapat dalan satu tin Coca Cola 320ml.

Jumlah gula yang paling kurang ditemui adalah 43g dan itu merupakan 1.7 kali lebih gula daripada teh tarik yang memang pun dianggap tidak sihat. Bukan sahaja gula yang membimbangkan, terdapat juga pemanis dan perisa tiruan yang merompak nilai nutrisi minuman tersebut. Mutiara tapioka adalah tinggi dalam karbohidrat tetapi rendah dalam nutrien seperti serat, protein, vitamin dan mineral.

Jumlah amaun harian bagi gula tambahan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Garis Panduan Diet Malaysia adalah kuantiti yang tidak melebihi 50g. Ini bermaksud apabila kita minum secawan teh boba amaun gula yang terkandung mungkin di antara jumlah maksimum dan dua kali ganda jumlah yang sepatutnya dimakan dalam sehari.

Ini tidak kira pengambilan gula tambahan daripada makanan dan minuman yang lain.

Menurut seorang pakar pemakanan, ramai yang beralih kepada minuman bubble tea kononnya untuk menggantikan minuman ringan tetapi tidak tahu bahawa minuman tersebut lebih tinggi gula.

“Kita terlalu beri perhatian pada minuman ringan sehingga terlepas pandang dengan minuman bubble tea yang tidak diketahui kandungan gulanya.”

“Tidak hairan mengapa minuman bubble tea sangat popular dan kebanyakan ibu bapa memilih minuman tersebut kerana melihat ianya lebih sihat berbanding minuman ringan.”

Selepas ini kurang-kurangkan minum bubble tea. Takut nanti seronok sangat minum sampai kena penyakit kencing manis.

Jika kita benar benar mengidam untuk merasa minuman ini, tekadkan iltizam, teguhkan iman kerana sekali sedutan mungkin menyebabkan anda ketagih kepadanya.

Pelanggan diajar untuk menyedut minuman ini dari dasar minuman (paling bawah). Untuk makluman, bahagian paling bawah adalah lapisan paling tinggi gula dimana gula perang, sirap gula dan bubble berkumpul.

Sedutan pertama ini akan menyebaban dopamine di otak naik secara mendadak, memberikan satu rasa kenikmatan dan keseronokan.

Ya, ia adalah mekanisma yang sama seperti bahan ketagihan lain seperti dadah dan rokok. Maka tidak hairanlah mengapa begitu ramai masih sanggup beratur panjang untuk membeli minuman ini.

Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa mengambil gula mengakibatkan ketagihan seakan ketagihan kokain dan gejala keinginan gula termasuk kerengsaan, rendah emosi, keletihan, kecemasan dan keadaan lain.

Walaupun harganya adalah 5 kali ganda dari seliter petrol!



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2nhpuyv
via Denaihati.com