Sunday 13 October 2019

Jadual Peperiksaan SPM 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hujung tahun merupakan hari yang sibuk untuk para pelajar di bangku rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Tidak terlepas juga untuk para guru yang sibuk mempersiapkan anak-anak muridnya di sekolah sebelum peperiksaan menjelang.

Selepas selesai peperiksaan PT3 untuk pelajar tingkatan 3, kini tiba gilirannya untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 di mana mereka akan bermula menduduki peperiksaan SPM 2019 pada hari ini.

Ibu bapa di rumah turut mendoakan yang terbaik kepada anak-anaknya yang akan berjuang di medan peperiksaan. Saya juga turut kirimkan doa kepada semua dan mendoakan semoga maju jaya dan selamat menduduki peperiksaan SPM 2019.

Di bawah ini di sertakan sekali jadual dan tarikh peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2019

Ujian bertulis > Fasa 1: 14 hingga 17 Oktober 2019 dan Fasa 2: 5 hingga 28 November 2019.

Untuk download penuh jadual dan tarikh SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA (SPM) 2019 dalam bentuk PDF.

Semoga berjaya kepada semua pelajar tingkatan 5 di seluruh Malaysia yang menduduki peperiksaan hari ini dan hari-hari yang seterusnya. Buat yang terbaik okay !



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/33xIwAl
via Denaihati.com