Sunday, 13 October 2019

Rahsia Kenapa Orang Gila Selalu Sihat Dan Tidak Mudah Sakit


Pernah kamu berfikir kenapa orang gila tidak pernah sakit? Apa lagi orang gila yang berkeliaran di pinggir jalan, mereka tidak pernah mandi, makan minum pula sembarangan, ada juga yang tidak pakai baju dan langsung tidak ambil peduli mengenai kebersihan tetapi tetap saja mereka sihat.

Sebenarnya, punca mengapa orang gila ini sentisasa sihat adalah kerana orang gila tidak pernah stress, mereka tidak mempunyai beban fikiran dan selalu rasa bahagia.

Sebab itulah kenapa orang gila tidak pernah sakit kerana kehidupan yang selalu bahagia dan tak pernah ambil peduli dengan  masalah-masalah lain di sekitarnya dan sebab inilah yang menyebabkan tubuh badannya sentiasa sihat berbanding dengan mereka yang waras akal fikirian.

Tidak pernah memilih. Orang gila tidak pernah sakit kerana tidak berfikir macam-macam seperti kita buat. Memakan apa sahaja makanan yang boleh makan. Tidak seperti kita selalu banyak pilihan, sudah ada nasi goreng masih mencari ayam goreng dan masih banyak contoh yang lainya.

Menerima seadanya. Orang gila itu selalu ‘qona’ah’ atau menerima apa-apa sahaja pemberian daripada Allah. Tidak pernah menuntut macam-macam serta cerewet. Tidak seperti kita, yang sudah punya basikal ingin motor. Sudah ada motor nak kereta pula, sudahnya hutang keliling pinggang terkumpul dan akhirnya membuat seseorang terlalu banyak fikiran dan jatuh sakit.


Orang gila jarang dapat sakit kerana orang gila tidak pernah rasa stress. Mereka tidak pernah memiliki beban fikiran sekaligus menjadikan sensasi yang selalu ceria bahagia dalam hidupnya. Senyum sendirian dan kadang-kadang ketawa tidak bersebab.

Orang gila itu selalu bahagia, buktinya mereka selalu nampak tersenyum, betul tak ? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan damai. Semuanya ceria sentiasa. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu hanyalah sebagai hiburan yang menyenangkan. Dia sentiasa nampak ceria, selalu gembira dan tersenyum.

Apa yang boleh kita pelajari ialah, jadilah “Orang Gila”, tapi jangan berfikir negatif dulu, maksudnya jadilah manusia yang Qona’ah atau menerima apa yang diberikan oleh Allah kepada kita, tak usah nak berangan macam-macam kalau memang kita tidak mampu.

Mungkin juga mereka ada penyakit tertentu yang sememangnya penulis tak tahu kerana tak pernah pula menjaga orang gila serta mangambil tahu masalah mereka lebih terperinci.

Selalu tersenyum agar hati kita bahagia, mudah-mudahan dengan begitu akan membuat kita selalu sihat. Bagaimanapun bersyukurlah anda dianugerahkan sebagai orang waras yang ternyata lebih baik dari orang gila kerana orang waras punyai akal untuk berfikir mana yang baik dilakukan dan mana yang tidak !!! Wallah’hu alam, hanya Allah saja yang tahu apa rahsia kesihatan mereka.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2os7eDn
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/32dE7Ck
via MerahHatiCintaku.blogspot.com