Sunday 13 October 2019

"Tetap Menjaga Aurat" – Pakai Tudung Guna Kaki, Wanita 'Gifted' Ini Undang Sebak


Luar biasa. Walaupun dilahirkan tanpa tangan, Puan Nor Farrah Syahirah Shah membuktikan beliau mempunyai kelainan dari segi kemampuan dan kecekalannya.

Wanita kelainan upaya (OKU) ini membuatkan ramai pelajar tingkatan 3 di SMK Tiwa terpukau dengan kemahiran beliau menggunakan kaki untuk memakai hijab dengan kemas.

Dalam video yang dikongsikan di Youtube oleh Azmiah Mahmud, Syahirah yang merupakan salah seorang staf di Kolej Komuniti Teluk Intan telah dijemput untuk memberi motivasi bagi pelajar tingkatan 3 di SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah Perak dalam Program Pasca PT3.

Beliau berkongsi cara bersiap memakai tudung daripada memasukkan kerongsang sehinggalah melilit selendang dengan mudah.


Liku-liku kehidupannya selama ini sejak kecil telah membuatkan Syahirah menjadi seorang wanita besi yang berdikari dan mampu melakukan rutin seperti orang lain bagi meneruskan kehidupan beliau.

Video itu turut mendapat perhatian netizen yang meninggalkan komen-komen positif di perkongsian tersebut. Semoga dapat menjadi inspirasi buat kita semua.


Beliau juga boleh memandu dengan cekap. Subhanallah, hebat kan?


Apa lagi alasan kita untuk bermalas-malasan?

Sumber: Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/32eALz1
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2INQ2PI
via MerahHatiCintaku.blogspot.com