Monday, 10 August 2020

Gunung Sinabung kembali meletus

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Asap debu gunung berapi Sinabung, Sumatera yang meletus pagi hari ini, 10 OGOS 2020 dijangka akan memasuki ruang udara negara kita iaitu di utara Selat Melaka dan negeri-negeri di utara serta timur Semenanjung Malaysia (Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang) bermula malam ini.

Keadaan ini boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras 1,500 – 5,000 meter.

Berdasarkan kepada model trajektori HYSPLIT yang dijana MET Malaysia dan ramalan dari Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC) Darwin, Australia, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia dijangka tidak akan menjejaskan kualiti udara di negara kita.

Tiada kesan gempa bumi dan tsunami dijangka melanda negara kita akibat letupan gunung berapi tersebut.

Keadaan semasa Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan kualiti udara yang biasa (baik dan sederhana).

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial.

Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini selepas tidak pernah meletus sejak tahun 1600 dan kembali aktif pada 2010 dan letusan terakhir dilapor berlaku pada Februari 2018.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2CivNcO
via Denaihati.com