Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga.
Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.
“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.”
Kata Ustaz Ebit Lew,
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”
Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.
Kawan-kawan,
Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.
“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”
KENAPA DAHULUKAN ISTERI?
Ini penjelasan daripada laman rasmi AL-KAFI #1428: ANTARA NAFKAH ISTERI DAN IBU BAPA: MANA PERLU DIUTAMAKAN? Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan..
Kami mulakan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda:
ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا ، فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلِأَهْلِكَ ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَيْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا
Maksudnya: “Mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.”
Riwayat al-Bukhari (6763) dan Muslim (997)
Imam al-Syaukani menyebut: Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin, manakala nafkah kepada ibubapa hanya wajib jika anak mampu. Para ulama’ telah sepakat akan wajibnya mendahulukan nafkah anak isteri sebelum ibubapa. (Lihat Nail al-Autar, 6/381)
Mafhum daripada hadis di atas menunjukkan ‘فَلِأَهْلِكَ’ lebih kepada isteri dan anak-anak. Justeru, selama mana ia menjadi tanggungjawab terhadapnya, maka tanggungjawab kepada isteri adalah diutamakan kecuali dalam keadaan darurat, ibu memerlukan bantuan, maka ketika itu hendaklah diberikan kepadanya.
Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
تَصَدَّقُوا ، فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ ، فَقَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ ، قَالَ : عِنْدِي آخَرُ ، قَالَ: أَنْتَ أَبْصَرُ
Maksudnya: “Bersedekahlah.” Seorang lelaki bertanya: “Hai Rasulullah, aku mempunyai dinar.” Baginda menjawab: “Sedekahkan untuk diri kamu sendiri.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai dinar yang lain lagi.” Baginda berkata: “Sedekahkan kepada isteri engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.”
Baginda berkata: “Sedekahkan kepada anak engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.” Baginda berkata: “Sedekahkan kepada hamba engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku masih ada yang lain lagi.” Baginda berkata: “Engkau lebih tahu.”
Riwayat Ahmad (2335), Abu Daud (1691) dan al-Nasa’ie (2353)
Syeikh Syams al-Haq al-Azim Abadi menukilkan bahawa al-Khattabi berkata: Susunan ini jika engkau memperhatikannya, maka engkau akan mengetahui bahawa Baginda SAW mendahulukan yang utama dan kerabat yang dekat. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 5/76)
Hadis ini dengan jelas menunjukkan tanggungjawab kepada isteri adalah yang utama selepas diri sendiri.
Imam Nawawi menyebut: Apabila berhimpun pada seseorang, orang-orang yang berhajat daripada mereka yang diwajibkan memberi nafkah pada mereka, maka sekiranya hartanya cukup untuk menafkahkan semuanya, maka dia wajib menafkahkan semuanya. Namun, sekiranya hartanya tidak lebih kecuali untuk seorang, maka hendaklah mengutamakan nafkah untuk isteri berbanding nafkah untuk keluarga lain. (Lihat Raudhah al-Talibin, 9/93)
Imam al-Syaukani berkata: Telah sampai pada tahap ijma’ akan kewajiban memberi nafkah pada isteri. Kemudian jika masih ada lebihan harta daripada itu, barulah ada kewajiban nafkah terhadap keluarga yang lain. (Lihat Nail al-Autar, 6/381)
Para ulama’ menyebut, memberi nafkah kepada ibubapa adalah tidak wajib atas seorang anak kecuali dalam dua keadaan berikut:
Ibubapanya miskin dan memerlukan bantuan.
Anak tersebut mempunyai lebihan harta selepas nafkah yang diberikan kepada keluarganya. Syarat ini disepakati oleh para ulama’. (Lihat Mughni al-Muhtaj,3/446; al-Insaf, 9/392 dan Hasyiyah Ibn Abidin, 2/678)
Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji dinyatakan: Jika bilangan usul, furu’ dan yang lainnya yang memerlukan nafaqah adalah ramai, sedangkan lebihan keperluan dirinya tidak mencukupi untuk diberi kepada kesemuanya, dia hendaklah memenuhi keperluan dirinya sendiri dengan memberi keutamaan berdasarkan kepada susunan yang berikut:
Isteri. Hal ini demikian kerana nafaqah kepada isteri adalah pasti. Ia tidak gugur dengan berlalunya masa. Hal ini berbeza dengan nafaqah usul dan furu’ yang gugur dengan berlalunya masa, sebagaimana yang telah dijelaskan.
Anak yang masih kecil. Hal ini sama juga dengan anak yang dewasa, tetapi gila kerana mereka tidak mampu untuk bekerja.
Ini kerana ibu juga tidak mampu untuk bekerja dan haknya telah pasti disebabkan ibulah yang mengandung, melahir, menyusu dan mendidik anak sehingga meningkat usia.
Ini kerana kelebihan bapa yang cukup besar terhadap keluarga.
Anak yang dewasa tetapi fakir, kerana hampirnya hubungan dengan bapanya. Hubungan yang hampir dan rapat ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Datuk dan ke atas. Ini bertujuan untuk menghormati datuk dan sama juga untuk menghormati bapa. Datuk merupakan asal keturunan dan haknya wajib dijaga serta dipelihara. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/110)
Kesimpulan
Berdasarkan Nas-Nas Dan Hujah Para Ulama, Kami Berpendapat Nafkah Kepada Isteri Adalah Didahulukan, Kecuali Dalam Keadaan Ibubapa Yang Tidak Berkemampuan Dalam Menyediakan Ubatan, Rawatan Dan Makan Minum Yang Menjadi Asas Kehidupan. Ketika Itu, Ia Hendaklah Didahulukan Bagi Meneruskan Kesinambungan Kehidupan.
Dalam isu seperti ini, perlu ada keselarasan dan persefahaman oleh semua anak-anak ibu atau bapa untuk sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga, membantu dan berkhidmat kepada kedua ibubapa. Dengan cara ini, tidaklah terbeban kepada satu-satu anak sahaja sedangkan yang lain semua lepas tangan. Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW:
رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الوَالِدِ ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ
Maksudnya: “Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
Riwayat al-Tirmizi (194)
Seterusnya, bantuan kepada ibu bapa janganlah kita menganggap sebagai beban tetapi ehsan yang sewajibnya kita tunaikan sebagai hak ibu bapa kita. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Surah al-Isra’ (23)
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah, semoga kita menjadi hamba-Nya yang soleh dan mentaati kedua ibubapa. Amin.
Sumber: https://ift.tt/2ByeaBO
from Sehinggit Media https://ift.tt/2DtnwDw
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33J1rvo
via MerahHatiCintaku.blogspot.com