Thursday, 6 August 2020

Viral Video Dipercayai Hisap “Vape” Di Parlimen, Hishammuddin Tampil Mohon Maaf


Bagi penghisap rokok elektronik (e-cigarette), mungkin ada waktu-waktu tertentu rasa ‘gian’ nak ‘berasap’ itu datang.

Sama ada di luar, dalam rumah, tandas, dalam kereta, tepi jalan dan sebagainya, apabila datangnya ‘rasa’ itu, serta-merta tangan pantas mencapai alat tersebut untuk mencapai kepuasan.

Sebentar tadi, tular gelagat seorang individu kenamaan yang ‘terkantoi’ dipercayai menyedut e-cigarette iaitu Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Satu rakaman video tular memaparkan gelagatnya yang curi-curi ‘berasap’, dipercayai menyedut e-cigarette dalam Dewan Rakyat.


Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah hati memohon maaf secara terbuka di laman Twitternya.


“Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baharu saya. Saya mohon maaf kepada Dewan dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi,”

Rakaman tersebut pada asalnya dimuat naik oleh pengguna Twitter Mhd Shamin.



Sikap berani mengaku salah dan memohon maaf secara terbuka seperti ini adalah patut dicontohi.

Benar-benar ‘gentlemen’!.

Sumber: Twitter via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/31nV4uG
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gzVCUm
via MerahHatiCintaku.blogspot.com