Saturday, 31 October 2020

Belanjawan 2021 perlu bersifat sudut pandang kemanusiaan

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Tidak lama lagi belanjawan 2021 akan dibentangkan di dewan parlimen pada 6 November ini, mungkin jauh berbeza dengan belanjawan sebelum ini kerana mengambil kira isu negara yang dihadapi sekarang dengan pandemik Covid-19.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Belanjawan 2021 perlulah bersifat belanjawan mengembang demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas teruk susulan penularan COVID-19.

Menurut beliau, inilah masanya kerajaan menggandakan bantuan dan rangsangan menggunakan pendekatan bersasar kepada golongan yang paling terhimpit.

Katanya, kerajaan tidak boleh membiarkan rakyat hidup merana, perniagaan ditutup selamanya serta ekonomi negara terperangkap dalam ‘irreversible damage’.

“Gelombang ketiga pandemik COVID-19 yang telah melanda negara kita akan melambatkan lagi pemulihan ekonomi negara hingga ke suku pertama 2021.

Berada dalam kemiskinan mutlak

Yang lebih merisaukan, satu daripada dua keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur kini berada dalam kemiskinan mutlak, dengan 37% sukar membeli makanan mencukupi dan 70% sukar memenuhi perbelanjaan keperluan asas, berdasarkan Laporan siri ke-2 ‘Families on the Edge’, oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya, di sini pada Sabtu.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, sekiranya pandemik dan perintah kawalan pelbagai peringkat ini berlanjutan, Malaysia mungkin berhadapan dengan pemulihan berbentuk keluk-K.

Jelas beliau, ini bermaksud, sesetengah industri memaparkan pemulihan ekonomi manakala industri lain terutamanya industri pelancongan dan penerbangan terus jatuh merudum.

Pemulihan keluk-K

“Pemulihan keluk-K ini juga akan terlihat nyata dalam kalangan masyarakat.

“Golongan berpendapatan tinggi kurang terkesan, tetapi golongan berpendapatan rendah (B40) dan golongan berpendapatan sederhana (M40) terutamanya yang bekerja sendiri, akan kehilangan mata pencarian sekali gus akan menjejas kualiti kehidupan dengan teruk.

“Jurang ketidaksamarataan ekonomi akan semakin ketara,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, buat masa ini, naratif untuk mengurangkan defisit kerajaan sebagai langkah pengukuhan fiskal perlu ditolak jauh.

“Usahlah dirisaukan sangat had hutang negara yang baru-baru ini telah dinaikkan kepada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Hutang negara adalah untuk kita uruskan kemudian. Urusan utama dan terpenting Belanjawan 2021 ialah kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan rakyat.

“Bagi menampung peningkatan perbelanjaan dalam Belanjawan 2021, saya menyeru pihak kerajaan terus menggunakan pinjaman tempatan dengan memanfaatkan pasaran bon tempatan, terutamanya Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII),” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, penggunaan pinjaman tempatan tidak akan memberi kesan buruk kepada ekonomi memandangkan Malaysia tidak akan terikat dengan peraturan luar negara, berbanding pinjaman dengan peraturan ketat daripada institusi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pinjaman tempatan kurang terdedah

Tambahan pula, beliau menambah, pinjaman tempatan kurang terdedah kepada risiko perubahan kadar faedah asing serta risiko penyusutan mata wang kerana hutang tersebut adalah dalam denominasi ringgit.

“Maka, usaha konsolidasi fiskal mesti ditangguhkan seketika sehingga tahun 2022, dengan harapan ekonomi negara akan dipulihkan sepenuhnya.

“Waktu itu, jika ekonomi pulih, perbelanjaan boleh dikurangkan dan langkah penjimatan diutamakan semula,” katanya.

Namun, beliau berkata, strategi menggandakan perbelanjaan dan rangsangan dalam Belanjawan 2021 bukanlah ‘blank cheque’ untuk kerajaan berbelanja secara boros.

“Perbelanjaan kerajaan masih perlu dirancang dan dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti dan ketelusan, dengan tekad untuk mencegah segala bentuk ketirisan.

“Belanjawan 2021 mesti digubal dengan matlamat ekonomi yang mengutamakan sudut pandangan kemanusiaan.

“Peningkatan hutang sementara bagi menampung penggandaan perbelanjaan adalah perlu, demi satu matlamat yang mulia dan penting, iaitu menyelamatkan rakyat Malaysia yang paling terkesan dan memulihkan kehidupan,” ujarnya.

Sumber: Awani

The post Belanjawan 2021 perlu bersifat sudut pandang kemanusiaan first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/37ZQRCe
via Denaihati.com

Friday, 30 October 2020

Cruise Ships Can Sail Again, With Strict Rules. Here’s What to Know.


By BY CEYLAN YEGINSU from NYT Travel https://ift.tt/2JnRLhG


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35NV6y1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Hamachi Kama (Grilled Yellowtail Collar) カマ塩焼き

A white Japanese ceramic plate containing Hamachi Kama (Grilled Yellowtail Collar) along with a wedge of lemon and yuzu-soy dipping sauce.

Also known as yellowtail collar, Grilled Hamachi Kama is a fish you will find on menus throughout Japan. All you need are four ingredients to make this traditional rustic dish.

READ: Hamachi Kama (Grilled Yellowtail Collar) カマ塩焼き



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31Y9ti3
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Covid-19: 17 daerah di Sabah zon merah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

KOTA KINABALU: Daripada 26 buah daerah di Sabah, 17 daripadanya kini berada dalam zon merah.

Baca: The Little Wuhan, luahan seorang frontliner di Sabah

Berbanding sebelum ini daerah Tongod yang kekal di zon hijau sejak tiga minggu lalu telah dikategorikan dalam zon kuning bersama lapan daerah lain susulan satu kes positif direkodkan pada Khamis.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun, jumlah kes positif COVID-19 menyaksikan pertambahan kes baharu melibatkan daerah di zon kuning.

Kredit: The Star

“Hari ini daerah Tongod mencatatkan 1 kes dan bertukar ke zon kuning.

“Secara keseluruhan jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah pada hari ini adalah sebanyak 466 kes dan 3 kes kematian dicatatkan.

Melibatkan 1 warganegara (kes ke 247) dan 2 bukan warganegara.

“Pada hari ini, seramai 491 pesakit telah sembuh dari hospital dan menjadikan jumlah sembuh ialah seramai 20,248 orang.

“Setakat ini bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi ICU ialah seramai 90 orang manakala 20 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Kredit: Codeblue

Masidi turut memaklumkan terdapat dua kluster baharu iaitu di dua daerah Lahad Datu dan Kota Belud.

Kluster Sakti di daerah Lahad Datu sebanyak tujuh kes yang merupakan kluster di kilang sawit manakala Kluster Tuguson di daerah Kota Belud sebanyak empat kes yang berpunca daripada Majlis Serah Tugas.

Tambahnya kerajaan juga telah menambah kapasiti katil sebanyak 622 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

“Jumlah penambahan kapasiti katil hari ini di PKRC adalah sebanyak 622 katil menjadikan jumlah keseluruhan katil di negeri ini sebanyak 7,859 katil.

“Penambahan ini merangkumi Penjara Tawau 500 katil, PKRC Pusat Kebudayaan Penampang 93 katil dan rumah Rehat Kudat 29 katil,” katanya.

Sehingga hari ini, terdapat penambahan pesakit sedang menerima rawatan di seluruh negeri Sabah. Allahuakbar! Semoga Allah mudahkan urusan mereka semua di sana dan juga frontliners.

Sumber: Awani

The post Covid-19: 17 daerah di Sabah zon merah first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3kLpj79
via Denaihati.com

Where Cruise Ships Are Sent to Die


By BY CEYLAN YEGINSU from NYT Travel https://ift.tt/34Hfqlk


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3mxyLLZ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Thursday, 29 October 2020

How to Staycation in 6 American Cities


By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/3kFZKUT


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3jEbTsj
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Wednesday, 28 October 2020

Orang yang berselawat adalah orang paling utama bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah, dengan kedatangan 12 Rabiul Awal, ramai di kalangan umat Islam mengingati peristiwa Maulid Nabi Muhammad SAW. Umat Islam seluruh dunia menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran insan agung yang mulia ini yang menjadi penyambung risalah Ilahi kepada manusia sejagat sehingga akhir zaman.

Baca: Kisah Lelaki Yang Lupa Membaca Selawat Kepada Rasulullah SAW

Apakah maksud Selawat?

Selawat adalah perkataan jama’ bagi solat (الصلاة‎) yang bermaksud doa atau pujian.

Tambahan pula, makna selawat Allah SWT, selawat para malaikat dan juga selawat manusia adalah berbeza di antara satu sama lain.

Selawat Allah ialah pujian-Nya di sisi para malaikat yang tinggi.

Manakala selawat malaikat pula ialah doa tambahan gandaan pahala.

Ucapan selawat orang mukmin kepada baginda Rasulullah juga berupa doa agar Allah memberikan rahmat dan kemuliaan kepada baginda dan seluruh isi keluarga.

Di dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan dengan begitu jelas berkaitan tuntutan untuk kita sentiasa berselawat dan berzikir.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 56;

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Baca: Doa Ini Rasulullah SAW Wasiat Untuk Kita Amalkan

Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan.

Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 11/5511)]

Hadith Nabi berkaitan selawat

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.” [Riwayat al-Baihaqi (5995)][Imam al-Syaukani menilai sanad hadith ini adalah hasan]

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Sebahagian ulama juga ada menyatakan bahawa selawat merupakan satu juzuk daripada zikir. Oleh sebab itu, Allah SWT menuntut kita untuk sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi SAW. Tambahan pula, ia iaitu selawat merupakan wasilah atau jalan kita untuk mendapatkan cinta Allah SWT.

Jadikanlah selawat sebagai zikir harian sebagaimana kata-kata yang sering ucapkan setiap hari. Sesungguhnya orang yang banyak berselawat kepada Nabi SAW, akan dapat berdamping dengan Nabi SAW di akhirat kelak.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُ النَّاسِ عَلَيَّ صَلاةً

Daripada Abdullah Bin Masoud berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling aula (utama) bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR at-Tabrani, No. 9679 – Status Hadis Sahih)

Baca: Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW Untuk Menolak Wabak & Penyakit

Akhirnya, semoga Allah SWT menerima setiap amalan kita serta menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berselawat ke atas Rasulullah SAW dan berzikir kepada-Nya. Amin.

Sumber: Mufti Wilayah, tzkrh

The post Orang yang berselawat adalah orang paling utama bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3oARvMw
via Denaihati.com

Honey Garlic Pork Chops

A white plate containing honey garlic pork chops, roasted carrot, and asparagus.

Juicy, sweet, with just a hint of garlic, these succulent oven-baked Honey Garlic Pork Chops are simply irresistible.

READ: Honey Garlic Pork Chops



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2J78SnG
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Welcome Home! Now Go Straight to Quarantine (or Not)


By BY THE NEW YORK TIMES from NYT Travel https://ift.tt/3jEIGNQ


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31M24SP
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Tuesday, 27 October 2020

How to Travel Abroad to Work From Home


By BY CLAUDIO E. CABRERA from NYT Travel https://ift.tt/35FMA42


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3e13n5g
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

How to Travel Abroad to Work From Home


By BY CLAUDIO E. CABRERA from NYT Travel https://ift.tt/3kwn3AI


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Tvv3Wx
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Monday, 26 October 2020

PKPB dilanjutkan lagi di Selangor, KL dan Putrajaya

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang dijadualkan tamat Selasa ini, dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 November depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan itu dibuat berikutan situasi peningkatan kes positif selain penilaian Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan COVID-19.

“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan PKPB di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.

“Walau bagaimanpun, setakat ini penilaian risiko yang dijalankan oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan COVID-19 sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Selangor.

“Mengambil kira penilaian risiko ini, maka kerajaan bersetuju untuk melanjutkan perintah PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober sehingga 9 November 2020,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) PKPB adalah sama seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Zon Nilai, Negeri Sembilan

Kerajaan juga bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Zon Nilai, Negeri Sembilan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bakal berkuatkuasa 28 Oktober hingga 10 November ini.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPB ini adalah sama seperti PKPB yang diumumkan sebelum ini iaitu antaranya semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, semua aktiviti dan majlis sosial adalah tidak dibenarkan, aktiviti-aktiviti di masjid dan surau tidak dibenarkan, kecuali bagi laungan Azan dan solat lima waktu dengan jumlah yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Pada masa sama, sidang khas juga bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Putra Point Nilai berkuatkuasa 28 Oktober 2020 sehingga 10 November 2020.

Terdapat dua lokaliti tempat tinggal pekerja (asrama) di Putra Point Nilai yang dikesan menyumbang kepada peningkatan kes positif COVID-19 iaitu :

• Jalan BBN 1/7B dan Jalan BBN 1/7F

• Jalan BBN 1/2E.

Pelaksanaan PKPD ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

SOP PKPB dan SOP PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan layari laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk maklumat lanjut.

Sumber: Awani

The post PKPB dilanjutkan lagi di Selangor, KL dan Putrajaya first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2J9rGTp
via Denaihati.com

Lukis Wajah Mirip Dr Noor Hisham Dalam Mangkuk Tandas, Fahmi Reza Disifatkan Biadap

SEBELUM ini pelukis kontroversi yang dikenali Fahmi Reza sering menjadi perhatian masyarakat akibat kerap mengutuk ahli politik dalam negara melalui lukisan.

Antaranya lakarannya adalah badut menyerupai Ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, baru-baru ini dia juga pernah membuat lakaran memaparkan imej seorang lelaki berjanggut dan memakai penutup kepala berwarna merah jambu. Grafik lelaki berkaca mata itu sedang menadah tangan sambil menghembus nafas yang mengeluarkan tompok-tompok berwarna merah jambu menyerupai virus Covid-19.

Seni visual tersebut mendatangkan perasaan tidak senang warga maya kerana ada yang menganggap ia sebagai imej Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Namun hari ini dia sekali lagi menaikkan kemarahan dan mendapat kecaman hebat apabila dia memuat naik poster lukisan digital yang memperlihatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham di dalam mangkuk tandas.

Situasi kali ini dilihat berbeza apabila dia mensasarkan dan membuat lakaran membabitkan penjawat awam yang juga hero kesayangan rakyat Malaysia itu di dalam mangkuk tandas.

Menerusi ‘sequence’ foto itu pula jelas lakaran Dr Noor Hisham kemudiannya ditekan masuk ke dalam oleh seseorang.

Foto yang dimuat naiknya awal pagi tadi di Facebooknya, berkapsyen ‘please use the toilet’.

Posting tersebut ternyata menimbulkan pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata mereka mengecam hebat tindakannya yang dilihat terlalu biadap dan melampau.

Malah ramai yang turut memintanya menghormati Dr Noor Hisham yang telah bertungkus lumus dan tanpa henti bekerja dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Komen Netizen 

Muhamad Na’im Ab Razak – Ko ni dah terlampau free sangat ni Fahmi. Duk bajet rebel tak habis-habis. Mari datang Semporna ni. Aku serap kau masuk pasukan disinfection. Boleh cuci tandas awam juga kalau kau dah suka sangat dengan tandas.

Megat Ishak – Not funny. Just disrespectful and in poor taste. You have no sense of humour and should stop thinking that you have. This is shameful.

Shah Redza Rosli – This is too much. Fahmi, politikus mungkin boleh disatira, tetapi tidak Dr Norhisham. Dia dan semua barisan hadapan telah berpenat lelah untuk mengawal pandemik ini. Sewajarnya kau menghormati beliau. Rakyat Malaysia menyayangi Dr Norhisham. Kau silap Fahmi, kau silap.

Radin Muhammad Hilman – Freedom of speech is everything but with consequences. You are liable to what you portrayed or said. It should be called responsible speech.

Thomas Thomas Fahmi – Just advise. U can poke and troll politician. But DG is hardworking to curb the pandemic. At least to show some respect to him.

Arif Atan – Kalau letak muka orang politik orang tak kisah. Letak DG silap besarlah. Kebebasan bersuara bukan lesen untuk biadab tak kena tempat.

Aminah Hamzah – Jika awak tidak dapat bantu negara dengan hasil seni awak dan kelebihan yang Allah berikan, hormatilah orang yang berusaha untuk kita, jika tidak mampu berterima kasih cukuplah dengan diam. Kesihanilah diri awak sebab awak tidak dapat menolong diri sendiri jauh sekali untuk menolong negara. Semoga awak dan kita semua diberi hidayah oleh Allah dan tahu berterima kasih kepada orang banyak berbakti.

Sumber: SinarPlus



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2HzPsYh
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31ICzlk
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Meal Prep DIY Bowls

Japanese-style meal prep.

Save time and money by meal prepping these healthy, home-cooked DIY Bowls at home! Learn the best tips and processes here.

READ: Meal Prep DIY Bowls



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ot3M5C
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Witnessing Peru’s Enduring, if Altered, Snow Star Festival


By BY DANIELLE VILLASANA from NYT Travel https://ift.tt/3ktiqY8


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31I1eGG
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Sunday, 25 October 2020

Lelaki Ini Berhadapan Detik Cemas, Kantoi Ada "Wanita" Lain Di Tiktok Depan Isteri

Tidak dinafikan kehidupan berkeluarga merupakan satu komitmen yang besar. Emosi, tanggungjawab dan pelbagai perkara lagi perlu diimbangi bagi memastikan akar umbi keluarga sentiasa teguh dan kadangkala, gurauan juga mampu menjadi satu cara untuk merapatkan lagi hubungan.

Ada pasangan yang boleh terima gurauan melampau dan juga ada yang sebaliknya. Panjang sangat kami bebel, sebenarnya nak cerita pasal satu video yang viral di laman sosial baru-baru ini.

Melalui video pendek tersebut, lelaki dengan nama akmalhizzat di Instagram mengajak isterinya untuk selfie bersama namun secara tiba-tiba muncul satu mesej dari aplikasi TikTok dengan nama seorang wanita lain.

Menurut laporan mStar Online, Akmal menjelaskan bahawa isterinya agak marah dan terkejut berkenaan perkara tersebut sebelum dia menjelaskan perkara sebenar.

“Masa tu kami dalam kereta nak pergi hantar barang ke rumah saudara. Masa dia tengah mekap, saya cubalah rakam video TikTok dengan filter terbaharu tu”

“Mula-mula nampak mesej Sharina tu, memang dia percaya. Reaksi dia agak marah, dia genggam tangan dan baju saya. Saya minta dia sabar, saya jelaskan bahawa ia filter TikTok. Lepas tu pun dia masih tanya siapa Sharina. Sebenarnya saya reka je nama tu,” ujarnya.

Jadi, apa yang terjadi sebenarnya adalah filter terbaru dari Tiktok, namun nampaknya kehadiran filter sedemikian mampu mencetuskan perang besar dengan pasangan.

Jika anda berniat untuk prank pasangan anda, bolehlah cuba-cuba jika sanggup. Tapi fikirlah panjang-panjang sebelum kena tidur luar, siapa tahu,kan?

Sumber: IG akmalhizzat via  https://gulapop.com



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2HxUaW4
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31FKwYC
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

YDP Agong: Tiada keperluan Isytihar darurat buat masa ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Walaupun sekarang ini banyak spikulasi tentang berlakunya Darurat di Malaysia atau tidak, YDP Agong tampil memberi kenyataan bahawa tiada keperluan untuk isytihar darurat buat masa ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat kerajaan sekarang sudah berjaya menangani wabak Covid-19 dengan baik dan berkesan.

Baca juga: 15 perkara yang anda perlu tahu berkaitan Darurat – Prof Dr Shamrahayu

Malah, Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 dari terus merebak.

Henti segala ‘Politicking’

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam pada itu, baginda turut mengingatkan ahli politik untuk memberhentikan segera segala ‘politicking’ yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

“Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan kerajaan sedia.

Belanjawan Negara 2021 sangat penting

“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah juga sudah memperhalusi permohonan dipersembahkan Perdana Menteri di majlis menghadap di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang Jumaat lalu.

Menurutnya, permohonan itu ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.

“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, baginda juga sangat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat susulan kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Covid-19 di negara ini.

“Seri Paduka Baginda juga menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat perpaduan dan juang tinggi seperti yang pernah dipamerkan bersama, kita mampu sekali lagi berganding bahu memerangi gelombang ketiga penularan wabak ini.

“Sehubungan itu, baginda menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik, mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing.

“Ia bagi membantu Kerajaan dan pihak berkuasa membendung wabak Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga wabak Covid-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan berakhir segera.

Sumber: Harian Metro

The post YDP Agong: Tiada keperluan Isytihar darurat buat masa ini first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/37DvtlZ
via Denaihati.com

Tiada Keperluan Untuk Isytihar Darurat, Semua Ahli Politik Perlu Memberhentikan Segera Bermain Politik - Titah YDP Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia buat masa ini.

Seri Paduka Baginda sebaliknya mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan rasmi pada Ahad, selepas pertemuan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan Ahli-Ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab.

“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

“Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada,” jelas kenyataan itu.

Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian COVID-19 di negara ini.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang telah pernah dipamerkan bersama, kita mampu sekali lagi berganding bahu memerangi gelombang ketiga penularan wabak ini.

Sehubungan dengan itu, baginda menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik, mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing.

Ia bagi membantu Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa membendung wabak COVID-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini.

Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga wabak COVID-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.

Terdahulu, Raja-Raja Melayu dilaporkan mula bersidang bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah setelah kenderaan rasmi yang membawa Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad .

Pertemuan khas bersama Al-Sultan Abdullah itu adalah bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.

Ia susulan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Jumaat.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Tm55oj
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34p2BvP
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Ujub dalam diri, bagaimana untuk atasinya?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apa yang dimaksudkan dengan Ujub?

Menurut para ulama, ujub ialah seorang yang beranggapan bahawa kemuliaan amal soleh disebabkan adanya sesuatu perkara atau sebab bukan kerana Allah SWT. Ujub itu mempunyai tiga wujud yakni diri sendiri, makhluk dan barang.

Berikut merupakan beberapa takrifan dan pengertian ujub:

Abdullah Ibn al-Mubarak ketika ditanya tentang ujub atau bangga diri, beliau menjawab: “Engkau melihat di dalam dirimu sesuatu yang tidak ada pada diri orang lain.”

Bisyr bin al-Harith al-Hafi menyebut: “Ujub itu ialah engkau merasa memiliki amal yang banyak dan menganggap amal orang lain sedikit.”

Imam Ghazali berkata, ujub ertinya mengagungkan diri, atau menganggap agung amal yang dilakukan. Misalnya dengan mengatakan: “Akulah orang paling soleh, tidak ada orang yang melebihi kesolehanku.”

Baca juga: Allah Turunkan Ujian Dalam Pelbagai Bentuk Dan Waktu Yang Berbeza

Sesetengah keadaan, ujub terdiri dari dua sudut, misalnya seseorang mengatakan: “Jika aku tidak mempunyai wang tentu tidak boleh menunaikan ibadat haji.” Bermakna ujubnya berwujud diri sendiri dan harta benda. Selain itu, ujub juga boleh wujud dalam bentuk tunggal.

Lawan ujub ialah zikr al-minnah (ذكر المنّة) yang bermaksud mengingati kurniaan Allah. Ia harus diingati bahawa amal soleh yang dapat diamalkan itu kerana adanya taufik daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah lah yang memuliakan amalannya dan memperbanyakkan pahalanya.

Perbuatan ujub termasuk dalam sifat-sifat yang dicela. Allah SWT berfirman dalam surah al-Najm ayat 32:

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

Maksudnyamaka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim (4/309) berkata: Yakni kamu memujinya, mensyukurinya dan bercita-cita dengan amalan kamu. Rasulullah SAW pernah bersabda:

لاَ تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمُ اللَّهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ

MaksudnyaJangan kamu mensucikan diri kamu kerana Allah lebih mengetahui orang yang paling baik dalam kalangan kamu. HR Muslim (5733)

Ujub hendaklah dirawat dan dihilangkan dengan proses penyucian diri serta menggantinya dengan akhlak yang mulia. Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 188:

لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوا وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا فَلَا تَحْسَبَنَّهُم بِمَفَازَةٍ مِّنَ الْعَذَابِ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

MaksudnyaJangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan – jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

Pembahagian Manusia

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa manusia terbahagi kepada tiga golongan:

  • Ujub untuk selamanya. Sekalipun dia menyedari adanya kurniaan Allah namun tetap juga dia bersifat ujub yakni golongan Muktazilah dan Qadariyyah. Mereka tidak memandang Allah menurut pendapat mereka, segala perbuatannya merupakan inisiatif dan ciptaan mereka sendiri, bukan daripada Allah. Begitulah akidah mereka sehingga mereka terus bersifat ujub. Mereka mengingkari adanya taufik dan pertolongan Allah serta latifnya Allah. Hal itu kerana syubhah yang menguasai dirinya.
  • Golongan yang mengingati adanya kurniaan Allah dan segala tindakan dianggap sebagai kurniaan Allah sehingga mereka tidak pernah bersifat ujub atas amalan-amalannya. Hal itu kerana mereka sentiasa berhati-hati dan diberi kewaspadaan oleh Allah serta dikhususkan dengan ta’yid daripada Allah SWT dan inilah golongan yang lurus.
  • Golongan campur aduk, kadang-kadang ujub tetapi pada suatu saat mereka tidak bersifat ujub. Mereka ini kebanyakannya Ahli Sunnah wa al-Jama’ah, kadang-kadang menyedari kurniaan Allah, kadang-kadang mereka lengah maka sifat ego atau ujub timbul mendadak. Hal itu kerana lemahnya ijtihad dan kurang berhati-hati.

Sehubungan dengan itu adanya golongan Qadariyah dan Muktazilah itu ada yang mengatakan sebagai kesalahan sendiri, ada juga berpendapat bahawa pahalanya tidak akan hilang kerana satu i’tiqad yang pada umumnya mengenai kumpulan-kumpulan Islam kecuali semua amalannya diujubkan. (Lihat Soal Jawab A – Z Tentang Tasawwufhlm. 114-115)

Cara Mengatasi Perasaan ‘Ujub

Antara cara mengatasi perasaan ujub ialah:

  • Menyedari bahawa amal soleh yang kita lakukan hanyalah kerana pertolongan, taufik dan kurniaan Allah SWT. Allah SWT berfirman:

وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللَّـهِ

Maksudnya: Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah. [Surah al-Nahl (53)]

  • Sedar bahawa ujub boleh membinasakan amalan yang kita lakukan. Daripada Anas bin Malik R.A, katanya, sabda Rasulullah SAW:

ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ شُحٌّ مُطَاعٌ وَهَوًى مُتَّبَعٌ وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ

MaksudnyaTiga perkara yang membinasakan: Orang yang kedekut ditaati, hawa nafsu yang diikuti da seseorang itu merasa kagum pada dirinya.

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (731)

  • Mengetahui dan meyakini bahawa kurniaan ilmu kepada kita amatlah sedikit. Dengan sebab itu, benarlah firman Allah SWT:

وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnyadan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”. Surah al-Isra’ (85)

Al-Sobuni berkata: Kamu tidak dikurniakan ilmu hai manusia kecuali amat sedikit. Ini kerana ilmu kamu jauh amat sedikit berbanding dengan ilmu Allah. (Lihat Sofwah al-Tafasir, 2/159)

Kesimpulannya, dalam hal ini tidak ada unsur-unsur yang boleh menjadikan kamu bersifat bangga atau takbur. Andainya setiap kebaikan dan kelebihan yang ada pada setiap benda yang dibanggakan tadi, kamu letakkan atau kembalikan kepada pemiliknya, maka kamu akan menjadi orang yang benar.

Ucaplah dengan ucapan, Allah berfirman dalam surah al-Naml ayat 40:

هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ

Maksudnya“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya.

Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada sifat ujub serta menjadikan kita daripada golongan yang ikhlas. Amin.

Sumber: Mufti Wilayah

The post Ujub dalam diri, bagaimana untuk atasinya? first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3dWbPmD
via Denaihati.com

Saturday, 24 October 2020

Kereta Peronda Honda Civic Polis Dilarikan Pasangan Ini Dari Pulau Pinang Ke Shah Alam

Kuala Lumpur: Dua suspek bertindak nekad apabila melarikan sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik pasukan polis di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9.40 malam itu, dua suspek lelaki dikatakan melarikan kenderaan baru milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).

Sumber berkata, suspek dipercayai menyamar sebagai anggota polis dengan memasuki kawasan IPD dengan menunggang motosikal.

"Suspek kemudiannya mendakwa mahu melakukan pemeriksaan terhadap MPV berkenaan sebelum melarikan salah sebuah kereta peronda polis itu.

"Susulan itu pihak polis melancarkan gerakan bagi memburu suspek yang dipercayai melarikan kenderaan itu ke selatan tanah air," katanya.

Difahamkan kereta MPV polis itu akhirnya menjaya ditemui semula berhampiran lampu isyarat di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, sekitar jam 2 pagi tadi.

"Dua suspek membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20-an dan 30-an yang melarikan MPV itu berjaya diberkas polis di lokasi kejadian.

"Ada kemungkinan kereta MPV yang dilarikan itu kehabisan petrol. Motif kereta MPV itu dilarikan masih dalam disiasat," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Kereta MPV Honda Civic 1.8S adalah kenderaan terbaru digunakan PDRM yang dilengkapi peralatan komunikasi dan kamera berteknologi terkini sejak pertengahan September lalu.

Sebanyak 425 kereta Honda Civic 1.8S yang dilengkapi peralatan komunikasi RMPNet, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih digunakan PDRM dengan menelan kos keseluruhan bernilai RM67 juta.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3mkWn6p
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37Dwyu5
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

"Kita Perlu Bersatu Lawan COVID-19, Bukan Berlawan Sesama Sendiri…Tolonglah Belajar Dari PRN Sabah" – Pesanan Dr. Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah sekali lagi merayu kepada rakyat Malaysia untuk terus fokus mendepani wabak COVID-19.

Beliau menerusi satu ciapan di Twitter hari ini berkata, seharusnya rakyat perlu untuk bersatu-padu, bukan lagi berbalahan sesama sendiri.

“Kita perlu bersatu dan bersama-sama berjuang dalam peperangan melawan COVID-19, bukan melawan sesama sendiri.

“Barisan hadapan kita telah bertahan  sehingga 10 bulan terakhir; 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. Mental dan fizikal (mereka) sudah letih.

“Ada yang ‘bersedia untuk membuang tuala’ (menyerah kalah).

“Tolong belajar daripada PRN Sabah,” katanya dalam ciapan tersebut, hari ini.

Akhir-akhir ini, kes jangkitan harian COVID-19 yang direkodkan agak tinggi, hampir setiap hari mencatatkan jumlah 700 kes ke atas.

Semalam, 710 kes baharu dilaporkan dengan menyaksikan Sabah kekal mencatatkan pertambahan kes tertinggi sebanyak 528 kes.

Dalam masa sama, negara khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) turut menzahirkan rasa dukacita atas 10 kematian semalam; antara kematian tertinggi harian setakat ini.

Bersama-samalah kita bersatu hati, ‘hentikan’ sebentar konfrontasi sesama sendiri dan fokus pada perang yang lebih besar.

Semoga perjuangan ini berakhir dengan kemenangan.

Sumber: Twitter KP Kesihatan via Siakapkeli



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3klLL6C
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2HwqkkU
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Friday, 23 October 2020

Kamakura Travel Guide

two children in front of giant buddha

Visit the stately temples and shrines, eat nagashi somen, and pray to the giant Buddha in this Kamakura Travel Guide.

READ: Kamakura Travel Guide



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34pfvKl
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

15 perkara yang anda perlu tahu berkaitan Darurat – Prof Dr Shamrahayu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini kecoh dengan berita bahawa Malaysia bakal dikenakan darurat ekoran daripada situasi pandemik covid-19 yang mana setiap hari bilangannya 3 angka yang agak menakutkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota, sekitar jam 4.40 petang Jumaat untuk menghadap Agong. Kita doakan mudah-mudahan yang baik sahaja untuk Negara Malaysia.

Apa itu DARURAT?

BERIKUT penjelasan oleh Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz tentang apa itu darurat sepertimana dipetik daripada hantaran di akaun Facebook beliau:

Saya mengambil tajuk ini kerana DARURAT mula menjadi bualan dan cakap-cakap dalam media dan saya juga sering ditanya tentangnya oleh media.

Di bawah adalah 15 soalan dan jawapan saya berkaitan DARURAT.

Soalan 1: Apakah maksud darurat?

Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.

Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.

Soalan 2: Apakah kesan pengisytiharan darurat?

Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif.

Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara.

Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.

Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).

Kesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan dibincangkan dalam jawapan kepada soalan seterusnya.

Soalan 3: Adakah pengisytiharan darurat dibenarkan oleh Perlembagaan

Ya. Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat.

Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat.

Soalan 4: Apakah yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong mebuat pengisytiharan darurat

Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Per 150(1) Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya (TELAH) wujud.

Di bawah Perkara 150(2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam HAMPIR BENAR berlaku.

Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas

  1. Keselamatan negara; atau
  2. Kehidupan ekonomi; atau
  3. Ketenteraman awam

Soalan 5: Bilakah dan di manakah darurat boleh diisytiharkan

Darurat boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa, sama ada semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau juga semasa parlimen bubar.

Syarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan elemen yang dinyatakan, iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam telah atau hampir benar berlaku.

Darurat boleh diisytihar atas seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Perkara 150(1) dan (2).

Soalan 6: Adakah Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat atas kuasanya sendiri atau atas nasihat Perdana Menteri

Pengisytiharan darurat ialah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Kuasa prerogatif ringkasnya bermaksud kuasa yang dimiliki oleh institusi beraja dari awal bahkan jauh sebelum gubalan Perlembagaan Persekutuan bagi Tanah Melayu (Malaysia).

Kuasa tersebut kekal dalam milik institusi beraja. Walau bagaimana pun persoalan timbul ialah adakah kuasa prerogatif tersebut dilaksanakan secara budi bicara atau atas nasihat Perdana Menteri?

Perkara 150(1) menyatakan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”.

Frasa “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati” atau dalam bahasa Inggeris, “if the Yang di-Pertuan Agong is satisfied” menjadi persoalan, adakah puas hati Yang di-Pertuan Agong seorang diri (as sole judge) atau atas nasihat.

Beberapa keputusan kes telah membuat pernyataan tentang perkara ini.

Kes Stephen kalong Ningkan (No.2) (tahun 1968) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati.

Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge…

Walaubagaimana pun, keputusan kes Teh Cheng Poh oleh Privy Council pada tahun 1979 menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Jemaah Menteri.

Ini adalah kedudukan undang-undang yang disepakati.

Lord Diplock menyatakan:

“Although this, like other powers under the Constitution, is conferred nominally upon the Yang di Pertuan Agong by virtue of his office as the Supreme Head of the Federation and is expressed to exercisable if he is satisfied of a particular matter, his functions are those of a constitutional monarch and except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not exercise any of his functions under the Constitution on his own initiative but is required by Article 40(1) to act in accordance with the advice of the Cabinet.

So when one finds in the Constitution itself or in a Federal law powers conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or that particular action is necessary, the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the Cabinet, or the opinion or satisfaction of a particular Minister to whom the Cabinet have delegated their authority to give advice upon the matter in question”.

Justeru, menerusi keputusan kes Teh Cheng Poh ini, pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong perlu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, atau Jemaah Menteri, atau seorang Menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah Menteri.

Soalan 7: Adakah Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat dan membuat Ordinan semasa darurat boleh dipersoalkan (Justiciable)

Keputusan kes Stephen kalong Ningkan (No.2) secara nyata Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge and once His Majesty is satisfied that a state of emergency exists, it is not for the court to inquire as to whether of not he should have been satisfied”.

Maksudnya, menurut Ketua Hakim Barakbah, mahkamah tidak boleh mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong.

Pandangan majoriti ini disanggah oleh Ong Hock Thye, Hakim Mahkamah Persekutuan, dalam penghakiman sama. Hakim Ong Hock Thye menyatakan pandangan minoriti.

Beliau menyatakan:

“His Majesty is not an autocratic ruler since Article 40(1) of the Federal Constitution provides that “in the exercise of his function under this Constitution or federal law the Yang di-Pertuan Agong shall act in accordance with the advice of the Cabinet…Article 150 specifically provide that the emergency must be one ‘whereby the security or economic life of the Federation or any part thereof is threatened.. If those words of limitation are not meaningless verbiage….Article 150 does not confer on the Cabinet an untrammeled discretion to cause an emergency to be declared at their mere whim and fancy.”

Maksudnya, Yang di-Pertuan Agong bukan memerintah secara autokratik kerana baginda bertindak atas nasihat.

Dalam pelaksanaan kuasa baginda, mahkamah boleh memeriksa keputusan yang dibuat oleh baginda dan juga Jemaah Menteri ketika membuat proklamasi darurat supaya ia terhad kepada keadaan yang disebut, iaitu keselamatan negara dan kehidupan ekonomi.

Perkara 150 tidak memberikan kuasa budi bicara yang tidak teratur.

Keputusan Teh Cheng Poh, seperti yang dipetik di atas adala juga menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 boleh disemak oleh mahkamah.

Selepas keputusan kes Teh Cheng Poh seperti yang dipetik di atas, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan memasukkan peruntukan yang secara jelas TIDAK membenarkan mahkamah menyemak keputusan Yang di-Pertuan Agong, atau apa-apa tindakan yang dibuat oleh baginda berkenaan kuasa, fungsi dan peranan di bawah Perkara 150. Hal ini terdapat pada Perkara 150(8) yang menyatakan:

Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan ini –

(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan

(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan

(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1):

(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;

(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau

(iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.

Walaupun begitu, Fasal 8 ini belum diuji di mahkamah.

Soalan 8: Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan Pengisytiharan Darurat

Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 mengenai pengisytiharan darurat termasuk kuasa untuk membuat proklamasi yang berlainan atas alasan berlainan atau keadaan berlainan.

Ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi darurat pada masa sama atau pada masa berlainan. Hal ini terdapat dalam Perkara 150(2A).

Soalan 9: Bilakah Yang di-Pertuan Aging boleh mengisytiharkan Darurat

Yang di-Pertuan Agong boleh boleh mengisytiharkan dan menguatkuasakan darurat ketika Majlis Parlimen masih ada, sama ada semasa berlaku persidangan atau tidak, atau ketika Parlimen telah dibubarkan.

Soalan 10: Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat

Sekiranya proklamasi dibuat semasa Majlis Parlimen tidak bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan undang-undang, yang dinamakan Ordinan, sekiranya baginda berpuas hati hal atau keadaan tertentu menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta. Ini disebut dalam Perkara 150(2B).

Maksud “Majlis Parlimen tidak bersidang serentak” boleh difahami dalam fasal (9) Perkara 150, yang memperuntukkan “Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang HANYA jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis”.

Sekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa Yang di-Pertuan Agong terhenti dan kuasa perundangan dipulangkan kepada Parlimen.

Sekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih berlangsung.

Walaubagaimana pun, Parlimen boleh membuat Ordinan untuk memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang (keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh).

Soalan 11: Adakah parlimen boleh membuat undang-undang semasa darurat

Semasa keadaan darurat ini Parlimen boleh membuat Ordinan jika didapati oleh Parlimen dikehendaki bagi tujuan darurat dan prosedur perundangan boleh diketepikan.

Undang-undang ini adalah sah walaupun ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes En Keok Cheng, Wylie C.J menyatakan, “The true effect of Article 150 is that, subject to certain exceptions set out therein, Parliament has, during an emergency, power to legislate on any subject and to any effect, even if inconsistencies with articles of the Constitution (including the provisions on fundamental liberties) are involved”.

Fasal (2C) Perkara 150 menyatakan “…Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaku diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh dalam mana-mana satu Majlis Parlimen”.

Lihat juga Perkara 150(5), yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang tanpa persetujuan atau keizinan, atau tanpa perundingan bersama mana-mana pihak sebagaimana disyaratkan oleh undang-undang.

Parlimen tidak boleh membuat Ordinan darurat dalam beberapa perkara tertentu sahaja, iaitu Hukum Syarak (Undang-Undang Islam), adat Melayu atau undang-undang atau adat anak Negeri di Sabah dan Sarawak.

Parlimen juga tidak boleh membuat Ordinan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan dalam perkara berhubungan dengan agama, kewarganegaraan atau bahasa. (Lihat 150(6A)).

Proklamasi darurat dan Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen apabila keduanya bersidang serentak.

Soalan 12: Apakah kesan Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat

Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia adalah Akta Parlimen.

Ia boleh berkesan sehingga dibatalkan. Setelah Parlimen bersidang, Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Ordinan tersebut boleh diteruskan sekiranya diluluskan dan hendaklah dihentikan sekiranya tidak diluluskan oleh Parlimen.

Sekiranya Ordinan tersebut tidak diluluskan oleh Parlimen, ia tidak memberi kesan ke atas apa jua yang berlaku sebelum itu menurut kuat kuasa Proklamasi darurat atau Ordinan.

Bahkan, ketidaklulusan oleh Parlimen juga tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat proklamasi darurat yang lain atau Ordinan yang lain bagi tujuan darurat lain tersebut. (Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi pada masa sama atau pada masa berbeza, atas sebab yang sama atau atas sebab yang berbeza).

Soalan 13: Bolehkah Yang di-Pertuan Agong membuat Ordinan Perbekalan (Bajet)

Melihat kepada kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, yang mana baginda boleh, sekiranya perlu dan baginda berpuas hati, memasyhurkan apa-apa ordinan semasa dua Majlis (Dewan) Parlimen tiada atau tidak bersidang serentak, maka sekiranya baginda berpuas hati dan perlu bagi memasyhurkan apa-apa perbelanjaan negara, baginda boleh berbuat demikian.

Namun setiap Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan kepada kedua Majlis Parlimen setelah keduanya bersidang serentak. Ordinan tersebut boleh dirungkaikan oleh resolusi yang dibuat oleh Parlimen. (Lihat Perkara 150(2) dan (3)).

Soalan 14: Bilakah Darurat akan berakhir dan siapa yang mengumumkan darurat telah berakhir

Perkara 150 tidak menyebut secara nyata tentang isu pengungkaian (annulling) proklamasi darurat – bila dan siapa.

Perkara 150(3) menyebut secara tidak langsung, “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) … hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi…” Frasa yang bergaris ini menunjukkan pengungkaian (annulment) suatu proklamasi dan undang-undang darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu boleh dibuat melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.

Kes The Cheng Poh menyatakan:

“The power to revoke, however, like the power to issue a proclamation of emergency, vests in the Yang di-Pertuan Agong, and the Constitution does not require it to be exercised by any formal instrument. In their Lordships’ view, a proclamation of a new emergency declared to be threatening the security of the Federation as a whole must by necessary implication be intended to operate as a revocation of a previous Proclamation, if one is still in force.”

Soalan 15 Apakah akan berlaku kepada Ordinan yang dibuat semasa darurat apabila darurat berakhir

Ordinan yang dibuat bagi tujuan darurat hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah tamat tempoh enam bulan dikira dari tarikh Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa.

Maksudnya Ordinan tersebut boleh berkuat kuasa lagi sehingga habis tempoh enam bulan dari tarikh darurat berakhir. (Lihat Perkara 150(7)).

Sumber: Prof Dr Shamrahayu A. Aziz

The post 15 perkara yang anda perlu tahu berkaitan Darurat - Prof Dr Shamrahayu first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3mguFaK
via Denaihati.com

Agong Ambil Alih Pentadbiran Kerajaan Jika Darurat Politik Dilaksanakan

Kuala Lumpur: Pelaksanaan darurat politik di negara ini memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah untuk meneruskan jentera pentadbiran kerajaan.

Baginda akan mendapatkan nasihat daripada Perdana Menteri sama ada Kabinet sedia ada dikekalkan, ditukar atau pelantikan baharu dan keputusan akan dibuat mengikut kesesuaian pada hemat Seri Paduka.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, keadaan itu boleh berlaku apatah lagi dalam keadaan kerajaan mungkin meramalkan kesukaran untuk dapatkan kelulusan belanjawan yang dibentangkan di parlimen pada 6 November ini.

"Ia akan beri kesan kepada kestabilan kerajaan kerana kerajaan dikatakan ada 113 undi. Kalau ada dua atau tiga orang ahli parlimen yang tidak sokong, maka bajet tidak dapat diluluskan.

"Jika itu berlaku, ia akan menimbulkan suasana yang tidak stabil bahawa kerajaan tak dapat sokongan majoriti," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, darurat boleh berlaku dengan tiga keadaan iaitu keselamatan dan keamanan awam, ketenteraman awam dan kesejahteraan ekonomi.

"Kalau ada elemen yang mendatangkan kemudaratan kepada aspek ini, keperluan kepada perlunya darurat mungkin timbul.

"Kabinet boleh mengesyorkan saja manakala proklamasi darurat akan dibuat Seri Paduka mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Menurutnya, persepsi mengatakan darurat akan menyebabkan pentadbiran diambil alih tentera perlu diperbetulkan kerana jentera kerajaan akan berjalan seperti biasa.

"Kita bukannya ada isu keselamatan dan ekonomi, ia cuma isu politik. Jadi pentadbiran akan berjalan seperti biasa dengan diketuai Seri Paduka yang mendapat nasihat daripada Kabinet.

"Sidang parlimen masih boleh berjalan seperti biasa, malah belanjawan juga boleh diteruskan. Atau yang kedua, Seri Paduka boleh menangguhkan sidang parlimen, namun perlu ada mekanisme lain untuk meluluskan belanjawan negara," katanya.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media News https://ift.tt/37AxzTW
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31y7P6C
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Travel Goes Members-Only


By BY LAUREN SLOSS from NYT Travel https://ift.tt/31zgzJA


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2HqiCZO
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Thursday, 22 October 2020

Hati-hati! Scammer menyamar sebagai pegawai perkhidmatan (Perkeso)

Sejak kebelakangan ni, banyak isu berkaitan dengan scammer meyamar sebagai orang poslaju, mahkamah, polis dan baru-baru ini sebagai pegawai perkhidmatan Perkeso untuk menipu duit orang lain. Lebih malang lagi, yang selalu terkena dengan sindiket ini di kalangan warga emas. Kasihan mereka.

Baca juga: Scammer cipta laman ‘web’ mirip milik kerajaan dan bank

Terbaru, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima aduan berhubung kegiatan individu menyamar sebagai pegawai perkhidmatan pekerjaannya menyasarkan mangsa dalam kalangan orang awam.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kegiatan itu telah mencemar usaha Perkeso yang giat melaksanakan pelbagai program pasaran buruh aktif bagi membantu Orang Berinsurans Perkeso dan rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan akibat krisis COVID-19.

Baca juga: Modus Operandi Macau Scam. Sila berhati-hati!

“Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti mempromosikan perkhidmatan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) seperti hebahan jawatan-jawatan kosong, Perkeso secara telus berkongsi nama dan nombor telefon pegawai perkhidmatan pekerjaan kami bagi memudahkan orang ramai berhubung dan mendapatkan maklumat jelas berkaitan perkhidmatan yang disediakan ini.

“Namun begitu, penyebaran maklumat berkaitan pelbagai perkhidmatan Perkeso menerusi media sosial telah menarik perhatian scammer (penipu) di luar sana untuk menjalankan aktiviti penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Laporan polis telah dibuat oleh pegawai kami, Khairul ‘Ammar bin Hashim berhubung profail dan dua nombor telefon beliau yang telah digunakan oleh scammer untuk menipu beberapa rakan sekerja.

“Scammer ini menghubungi beberapa rakan sekerja Khairul ‘Ammar dan meminta supaya sejumlah wang dipindahkan ke Akaun Maybank milik Muhd Nur Azami bin Manila,” katanya.

Menurut beliau seorang rakan sekerja Khairul ‘Ammar telah terpedaya dan memindahkan RM500 ke akaun tersebut selepas diminta oleh penyamar atas alasan tidak boleh mengakses perbankan dalam talian.

Sehubungan itu, Perkeso menasihati semua Orang Berinsurans Perkeso, majikan, orang ramai dan pegawai-pegawai Perkeso sendiri supaya lebih berhati-hati dengan taktik scammer agar tidak mudah tertipu.

Beliau turut menasihati mereka yang berkenaan agar menyemak dengan Perkeso atau melaporkan kepada organisasi itu sekiranya ada pihak yang meminta bayaran bagi perkhidmatan yang disediakan Perkeso.

“Saya juga tegaskan, semua bantuan faedah dan perkhidmatan Perkeso kepada Orang Berinsurans adalah percuma dan kami tidak menggunakan orang tengah dalam menyampaikan bantuan dan perkhidmatan,” katanya.

Sumber: BERNAMA, Awani

The post Hati-hati! Scammer menyamar sebagai pegawai perkhidmatan (Perkeso) first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3e0xSsp
via Denaihati.com