ACEH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ditetak sehingga mati apabila cuba melawan seorang suspek mahu memperkosa ibunya yang berusia 28 tahun di Birem Bayeun, Aceh Timur di Indonesia.
Ketua Unit Siasatan Jenayah, Arife S Sukmo, mengesahkan bahawa suspek yang dikenali sebagai Samsul, 36, ditemui bersembunyi dalam kawasan semak berhampiran kediamannya dan ditahan pada pagi Ahad lalu.
Beliau menjelaskan, pembunuhan berlaku pada Sabtu lalu ketika mangsa, Rangga, dan ibunya sedang tidur di rumah, sementara bapanya pula keluar mencari ikan.
"Suspek (Samsul) yang datang secara tiba-tiba, memasuki rumah mangsa lalu menutup mulut ibu mangsa sebelum memberitahu hasratnya mahu melakukan hubungan seks.
"Bagaimanapun, ibu mangsa melawan dan kekecohan yang berlaku mengejutkan Rangga, yang terus bangun dan cuba menyelamatkan ibunya tetapi ditetak berkali-kali oleh suspek menggunakan sabit sehingga mati," katanya.
Ibu yang emosi melihat anaknya dibunuh terus cuba melawan tetapi gagal apabila suspek melibas dan mencederakan lengannya dengan parang.
Suspek kemudian menyimpan mayat Rangga dalam guni dan membawanya ke sebuah ladang kelapa sawit bersama ibu mangsa.
Setibanya di lokasi, suspek mengikat dan merogol mangsa berulang kali, sebelum melarikan diri dengan membawa mayat kanak-kanak lelaki itu.
Suspek enggan mendedahkan lokasi mayat mangsa apabila ditahan dan disoal siasat polis.
Namun, dua hari kemudian, mayat Rangga ditemui nelayan yang sedang mencari ikan di sebatang sungai, sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Mayat Rangga dibawa ke hospital dan pemeriksaan awal mendapati ada kesan tetakan di bahagian leher, dagu, dan jari kelingking tangan kiri juga tiada, dipercayai dipotong oleh suspek. - AGENSI
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3nQ7x4H
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3iZcKnc
via MerahHatiCintaku.blogspot.com