KUALA LUMPUR: UMNO konsisten dengan keputusan terdahulu tidak membentuk sebarang kerjasama politik dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pendirian itu sudah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ini.
Katanya, UMNO juga kekal dengan keputusan untuk mengukuhkan Barisan Nasional (BN) dan memantapkan Muafakat Nasional (MN), yang kini disertai PAS serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Saya selaku Setiausaha Agung UMNO juga (serta) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tetap berpegang teguh kepada pendirian keputusan Mesyuarat MKT UMNO sebelum ini.
"Kukuhkan BN, mantapkan MN. Tiada DAP. Tiada hubungan dengan pimpinan yang bersepakat dengan DAP seperti Anwar, Tun Dr Mahathir (Mohamad)," katanya menerusi Twitter beliau sebentar tadi.
Kenyataan Ahmad Maslan itu dipercayai berkait pelbagai dakwaan kononnya ada Ahli Parlimen UMNO sudah menyokong Anwar untuk membentuk kerajaan baharu selepas ini.
Ketika ini, umum melihat pendirian berdolak-dalih dalam kalangan pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO dengan ada yang dilihat cuba cenderung menyokong Anwar.
Namun, hingga kini, tiada mana-mana Ahli Parlimen UMNO yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3dwJWRQ
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Han7HH
via MerahHatiCintaku.blogspot.com