Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita lelaki yang merupakan suspek utama sindiket pengubahan wang haram berjaya melarikan diri dengan memanjat pagar di belakang bangunan SPRM.
Lantaran itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian aneh itu dibimbangi boleh menyebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikai masyarakat.
Mana tidaknya, suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM mengundang keraguan.
Malah, Datuk Nadzim Johan mempersoalkan sama ada prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak. Tambahnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga perlu memberi perhatian kepada perkara itu kerana ia boleh menjejaskan imej badan penguat kuasa yang diberi amanah besar.
Bukan itu sahaja, PPIM sudah bawa bertahun-tahun kes seperti ‘Macau Scam’ ini dan mahukan jaminan kes ini diambil perhatian serta perkara seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang.
Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut bingung dan tertanya-tanya bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku sedangkan pagar di belakang bangunan SPRM tinggi atau sebenarnya dibantu oleh pihak tertentu.
Sumber: https://www.thevocket.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/33Z9rb5
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33Yu4UQ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com